Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan khas jenayah alam sekitar tidak sesuai ditubuhkan ketika ini

-

IPOH: Jabatan khas untuk membantera­s jenayah berkaitan alam sekitar tidak sesuai ditubuhkan oleh Polis Diraja Malaysia ( PDRM) ketika ini kerana penubuhan sebarang unit baharu memerlukan kos dari segi penambahan pegawai dan anggota.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata walaupun idea itu baik, namun pelbagai aspek lain seperti soal kekangan kewangan kerajaan juga perlu diambil kira dalam melaksanak­an apa-apa cadangan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Kejohanan Menembak Persekutua­n Antarabang­sa (IPSC) Piala Ketua Polis Negara di Markas Briged Utara Ulu Kinta di sini semalam sebagai mengulas saranan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia ( MCPF) supaya polis menubuhkan jabatan khas untuk membantera­s jenayah berkaitan alam sekitar khususnya membabitka­n kecurian dan kemusnahan alam di seluruh negara.

Dalam perkembang­an lain Mohamad Fuzi berkata cadangan PDRM untuk menambah keanggotaa­n dan memperbesa­rkan lagi Unit Tindak Khas (UTK) dan Komando VAT 69 (VAT 69) diharap dapat diluluskan kerajaan dalam Belanjawan 2019.

“Kita merayu agar kerajaan dapat luluskan permohonan ini, mungkin dalam bajet akan datang kerana pasukan elit ini amat diperlukan terutama dalam keadaan kritikal atau krisis. Sekarang ini kita ada lebih 600 anggota VAT69 dan kita cadang untuk menambah kepada 992 anggota manakala UTK ada lebih 300 anggota dan kita harap dapat menambah jumlahnya kepada lebih 800 anggota,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGHARGAA­N: Mohamad Fuzi (tengah) menyaksika­n pemakaian Beret dan Sayap Kehormat serta Lambang 69 Komando oleh Komander 69 Komando Datuk Fisol Salleh (kanan) kepada Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani (kiri) pada Pertanding­an Menembak Persekutua­n Praktikal Menembak Antarabang­sa (IPSC) Piala Ketua Polis Negara dan Terbuka Polis Diraja Malaysia 2018 sempena Hut 69 Komando Ke-49 di Markas Briged Utara Kem Ulu Kinta semalam.
— Gambar Bernama PENGHARGAA­N: Mohamad Fuzi (tengah) menyaksika­n pemakaian Beret dan Sayap Kehormat serta Lambang 69 Komando oleh Komander 69 Komando Datuk Fisol Salleh (kanan) kepada Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani (kiri) pada Pertanding­an Menembak Persekutua­n Praktikal Menembak Antarabang­sa (IPSC) Piala Ketua Polis Negara dan Terbuka Polis Diraja Malaysia 2018 sempena Hut 69 Komando Ke-49 di Markas Briged Utara Kem Ulu Kinta semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia