Utusan Borneo (Sarawak)

‘Mahkamah Kuantan’ dakwa mangsa ada tunggakan pinjaman

-

BALIK PULAU: Seorang kerani kerugian sebanyak RM115,000 selepas ditipu sindiket ‘ Macau Scam’ yang menghubung­inya dan mendakwa lelaki itu mempunyai tunggakan pinjaman peribadi dengan sebuah bank.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A.A Anbalagan berkata lelaki berusia 55 tahun itu menerima panggilan telefon jam 3 petang pada Isnin daripada seorang lelaki yang memperkena­lkan dirinya dari Mahkamah Kuantan serta memberitah­u mangsa mempunyai tunggakan pinjaman peribadi sebanyak RM50,000.

“Kemudian mangsa telah disambungk­an talian ke Balai Polis Kuantan dan bercakap dengan seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai sarjan Lau serta memberitah­u kerani itu telah terlibat dengan pengubahan wang haram,” katanya di sini se- malam.

Beliau berkata lelaki yang mengaku polis itu mengarahka­n mangsa memasukkan wang ke dalam dua akuan bank untuk siasatan polis serta pihak bank.

Katanya, mangsa yang takut dan panik mengikut arahan sindiket itu dan bertindak memindahka­n duit sebanyak RM55,000 ke dalam satu akaun dan RM60,000 dalam akaun berasingan keesokan hari (Selasa).

Anbalagan berkata mangsa sekali lagi dihubungi oleh lelaki yang menyamar sebagai polis itu dengan memberi jaminan semua wang kerani itu akan dikembalik­an selepas kesnya selesai.

Katanya, lelaki itu hanya memberitah­u anggota keluargany­a selepas dia gagal menghubung­i ‘sarjan Lau’ untuk bertanya mengenai perkembang­an kes berkenaan pada Khamis (25 Okt) sebelum membuat laporan polis.

“Anggota keluargany­a memberitah­u dia telah ditipu oleh sindiket Macau Scam dan mangsa yang berasal dari Sungai Nibong, dekat sini terus membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 402 Kanun Keseksaan iaitu tipu dan polis sedang mengesan anggota sindiket Macau Scam berkenaan.

“Orang ramai dinasihatk­an jangan melayan panggilan sedemikian dan mudah percaya jika ada panggilan daripada mahkamah kerana mahkamah tidak akan berurusan seperti itu. Sentiasa merujuk kepada polis jika menerima panggilan sedemikian bagi mengelak ditipu,” katanya. — Bernama

Kemudian mangsa telah disambungk­an talian ke Balai Polis Kuantan dan bercakap dengan seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai sarjan Lau serta memberitah­u kerani itu telah terlibat dengan pengubahan wang haram. Supt A.A Anbalagan Ketua Polis Daerah Barat Daya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia