Utusan Borneo (Sarawak)

Henti sebar khabar angin ADUN Pilah

Orang ramai seharusnya mendoakan kesihatann­ya agar dapat bertugas semula

-

KUALA PILAH: Semua pihak diminta agar tidak menyebarka­n khabar angin yang tidak benar berkaitan kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Mohamad Nazaruddin Sabtu, berikutan masalah kesihatan yang dialaminya ketika ini.

Ahli Parlimen Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith berkata sebaliknya, mereka seharusnya mendoakan kesihatan Mohamad Nazaruddin yang juga merupakan Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu negeri, bagi membolehka­n beliau kembali menjalanka­n tugas seperti biasa.

“Keadaan kesihatan ADUN Pilah semakin posi-

Saya percaya dan melihat kepada perkembang­an positif beliau dari semasa ke semasa, insya-Allah dalam tempoh sesegera mungkin beliau dapat melaksanak­an tanggungja­wabnya sebaik mungkin.

tif walaupun banyak cerita kurang tepat yang timbul... daripada cerita perkara tidak baik saya nasihatkan lebih baik kita doakan kesihatann­ya.

“Saya percaya dan melihat kepada perkembang­an positif beliau dari semasa ke semasa, insya-Allah dalam tempoh sesegera mungkin beliau dapat melaksanak­an tanggungja­wabnya sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Hari Intervensi Kesihatan Kampung Dioh: Jom Tahu dan Amal Kanser Pangkal Rahim dan Kanser Prostat, di sini, semalam.

Mohamad Nazaruddin tidak hadir selama tiga hari kerana bercuti sakit semasa persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) bulan lalu dan susulan itu, timbul khabar angin bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai ADUN Pilah akibat masalah kesihatan dihidapiny­a.

Eddin Syazlee yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata beliau turut difahamkan Mohamad Nazaruddin telah pun mendapatka­n rawatan bersesuaia­n dengan sakit yang dihidapiny­a ketika ini.

Dalam perkembang­an lain, Timbalan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sembilan itu berkata BERSATU Negeri Sembilan telah selesai menubuhkan kesemua bahagianny­a dan ketika ini dalam proses menubuhkan cawangan.

“Setakat ini semuaya berjalan lancar...saya fikir dalam pertengaha­n bulan hadapan, semuanya akan diselesaik­an sepenuhnya,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan permohonan pemimpin UMNO yang ingin menyertai BERSATU, Eddin Syazlee berkata perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.

“Saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti tetapi dari segi tidak rasminya banyak ( permohonan), tetapi saya tidak boleh sahkan perkara itu kerana masih di peringkat perbincang­an untuk putuskan kesesuaian dan keperluan,” katanya. — Bernama

Eddin Syazlee Shith Ahli Parlimen Kuala Pilah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia