Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak tenaga pengajar perpaduan disambung ikut keperluan negeri

-

TASEK GELUGOR: Penyambung­an kontrak bagi tenaga pengajar di Tabika dan Taska Perpaduan bergantung kepada keperluan mengikut negeri masing-masing.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik berkata pada masa ini Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional memberi lebih banyak tumpuan kepada kualiti pendidikan serta kelayakan para pendidik untuk memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan yang berkualiti.

“Pihak jabatan dalam usaha memastikan semua guru tabika mempunyai Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Tabika Perpaduan dan Taska Permata Perpaduan Peringkat Kebangsaan di sini, semalam.

Semantara itu Md Farid mengingatk­an masyarakat khususnya ibu bapa bahawa Tabika dan Taska Permata Perpaduan mempunyai kualiti yang tinggi selaras dengan piawaian Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

“Bagi memastikan kualiti dan standard Tabika Perpaduan setara di semua agensi kerajaan, Tabika Perpaduan menggunaka­n silibus KSPK untuk memperkemb­angkan potensi murid secara menyeluruh daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial melalui persekitar­an yang selamat.

“Sehingga kini terdapat 41 buah kelas Taska Permata Perpaduan menggunaka­n kurikulum Permata yang memberi tumpuan kepada anak-anak yang berumur dua sehingga empat tahun. Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan semua anak-anak menerima pendidikan yang sistematik seawal usia dua tahun,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia