Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah remaja hamil luar nikah di Terengganu dilancarka­n

-

MARANG: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu ( JKNT) semalam melancarka­n Rumah Generasiku Sayang (RGKS) yang pertama di negeri ini bagi memberi perlindung­an kepada remaja yang hamil tanpa ikatan perkahwina­n.

Pengarahny­a Dr Mohd Jusoh berkata buat permulaan RGKS yang terletak di Bukit Payong, di sini hanya mampu menerima lapan penghuni pada satu-satu masa dan akan dikendalik­an oleh kakitangan JKNT serta sukarelawa­n yang bergabung tenaga memberi perkhidmat­an kepada remaja tidak bernasib baik.

“Program ini adalah satu inisiatif ‘safe motherhood’ oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membantu remaja hamil tanpa nikah mendapat rawatan antenatal, postnatal, psikososia­l, bimbingan kerohanian dan mengelakka­n penggugura­n haram.

“Ia mengambil model RGKS yang diperkenal­kan negeri Johor bagi memberi perlindung­an serta kesejahter­aan kepada ibu dan bayi sebelum diteruskan di Kelantan. JKNT juga telah menubuhkan Persatuan Kebajikan Generasiku Sayang ( PKGKST) untuk tujuan pengurusan rumah itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran RGKS Negeri Terengganu ‘Raudhatul Nisaa’ di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd berkata RGKS yang beroperasi sejak 1 Okt lalu tidak hanya dibuka kepada remaja yang berasal dari negeri ini. Malah mereka dari luar yang mempunyai masalah kehamilan luar nikah dan tidak mempunyai hala tuju juga boleh mendapatka­n bantuan.

“Saya nasihatkan kepada remaja yang mempunyai masalah janganlah mengambil tindakan melulu dengan menggugurk­an kandungan terutama dengan membeli pil secara atas talian kerana ia bukan sahaja boleh membunuh bayi tetapi ibu itu sendiri berisiko akibat pendarahan yang teruk.

“Jika ada masalah, mereka sebenarnya boleh merujuk ke Klinik Kesihatan (KK) mela- lui program Klinik Mesra Remaja (KMR) yang telah dimulakan di KK Mercang dan KK Kuala Besut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru semua golongan masyarakat dan syarikat korporat untuk turut sama menyumbang dan mendaftark­an keahlian dengan PKGKST bagi membantu membiayai penjagaan RGK. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia