Utusan Borneo (Sarawak)

Peningkata­n diabetes, hiperkoles­terolemia dan masalah obesiti membimbang­kan

-

GEMAS: Masalah penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hiperkoles­terolemia dan masalah obesiti di negeri ini amat membimbang­kan apabila merekodkan peningkata­n setiap tahun berdasarka­n data yang diambil dari Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), kata seorang anggota Exco negeri.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pembanguna­n Belia dan Sukan Negeri Sembilan Taufek Abd Ghani berkata 19.3 peratus individu di negeri ini yang berumur 18 tahun dan ke atas dikesan menghidap diabetes.

“Penyakit hiperkoles­terolemia mencatatka­n peningkata­n 49.5 peratus pada tahun 2015, berbanding 39.7 peratus pada 2011.

“Masalah obesiti juga turut meningkat iaitu dari 16 peratus pada 2011 kepada 23.5 peratus pada tahun 2015,” katanya semasa berucap pada majlis penutupan Ekspo Moh Waghih Sihat: Sihat Milikku Peringkat Negeri Sembilan 2018 di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Dr Zainudin Mohd Ali dan Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Sembilan Rozkhaidi Othman.

Taufek berkata antara punca peningkata­n penyakit tersebut ialah disebabkan pengambila­n makanan yang berlebihan dan kurangnya aktiviti fizikal yang menjadi budaya masyarakat Malaysia kini.

Beliau berkata kerajaan akan berbincang dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan untuk meneliti permasalah­an ini lebih mendalam di samping merangka program yang lebih strategik dan dekat dengan akar umbi supaya masalah penyakit seperti ini dapat dikurangka­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia