Utusan Borneo (Sarawak)

Landasan Berkembar Elektrik Gemas-JB mampu tingkat pembanguna­n Renggam

-

KLUANG: Projek Landasan Berkembar Elektrik GemasJohor Bahru (PLBEGJB) yang turut merentasi Pekan Renggam, di sini, diyakini mampu meningkatk­an pembanguna­n dan ekonomi kawasan berkenaan.

Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik berkata apabila siap kelak pada 2021, projek itu sekali gus merubah landskap pekan itu yang kini dianggap ‘pekan mati atau zombie’ termasuk menarik kemasukan pelancong.

“Apabila stesen kereta api ini ‘hidup’, pekan Renggam akan jadi bandar baharu dan bukan lagi ‘bandar mati’.

“Terima kasih MOT (Kementeria­n Pengangkut­an) dan YTL (kontraktor) yang mendengar isi hati kita (penduduk Renggam),” katanya berucap pada majlis taklimat PLBEGJB bersama orang awam, di Renggam, di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Pasukan PLBEGJB Noor Azman Ramlee dan Penghulu Mukim Renggam Asmi Mislan.

Maszlee yang juga Menteri Pendidikan berkata peluang pekerjaan sudah tentunya wujud semasa pembinaan dan selepas siapnya PLBEGJB dan sehubungan itu, beliau berharap penduduk sekitar bersabar sementara projek berkenaan disiapkan dalam tempoh tiga tahun ini.

Sementara itu, Noor Azman berkata kerja-kerja pembinaan yang kini siap 28 peratus, berjalan mengikut perancanga­n termasuk isu pemindahan 929 penempatan di sepanjang jajaran landasan sudah diselesaik­an.

Beliau berkata pihaknya sentiasa mencari kaedah terbaik dalam pembinaan projek bernilai RM8.9 bilion itu termasuk mengelakka­n berlakunya gelungsura­n tanah.

“Buat masa ini tren akan melalui 11 stesen, namun, sekiranya terdapat permintaan pada masa depan, tiga stesen lagi akan dibuka iaitu Chamek, Skudai dan Tenang,” katanya.

PLBEGJB yang merupakan projek di bawah Kementeria­n Pengangkut­an, melibatkan landasan sepanjang 192 kilometer melalui 11 stesen termasuk Segamat, Kluang, Labis, Bekok, Paloh, Renggam, LayangLaya­ng, Mengkibol, Kulai dan Kempas Baru.

Dijangka mula beroperasi pada Oktober 2021, perjalanan tren dari KL Sentral - JB Sentral dianggarka­n mengambil masa selama tiga jam 30 minit. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PROGRAM TAKLIMAT: Maszlee merangkap Anggota Parlimen Simpang Renggam ketika menghadiri Program Taklimat Penerangan Berkaitan Projek Landasan Berkembar Elektrik GemasJohor Bahru (PLBEGJB) di Dewan Orang Ramai Renggam, Kluang, semalam.
— Gambar Bernama PROGRAM TAKLIMAT: Maszlee merangkap Anggota Parlimen Simpang Renggam ketika menghadiri Program Taklimat Penerangan Berkaitan Projek Landasan Berkembar Elektrik GemasJohor Bahru (PLBEGJB) di Dewan Orang Ramai Renggam, Kluang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia