Utusan Borneo (Sarawak)

Mustapa ‘panglima’ UMNO Kelantan dengan ‘track record’ cemerlang

-

KOTA BHARU: Penyertaan bekas Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memberi suntikan moral kepada parti itu dan Pakatan Harapan, kata Ketua Penerangan­nya Mohd Radzi Md Jidin.

Sekarang sekurangku­rangnya kita ada seorang wakil di DUN Kelantan. Mungkin selepas ada dua tiga lagi wakil lain, sebab dalam politik siapa tahu. Mohd Radzi Md Jidin Ketua Penerangan BERSATU

Mohd Radzi, yang juga Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata keputusan yang dibuat Ahli Parlimen Jeli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Lanas itu diyakini akan memperkuku­hkan lagi BERSATU terutama di Kelantan.

“Beliau yang merupakan ‘panglima’ UMNO Kelantan dan sekarang bersama kita. Dengan ‘track record’ cemerlang dan sumbangan besar beliau kepada negara dan Kelantan, saya yakin lebih ramai lagi kepimpinan bahagian (UMNO) akan menurut jejak langkah beliau sekali gus melonjakka­n Kelantan,” katanya kepada pemberita di Majlis Perjumpaan Khas Bersama Ketua- Ketua Jabatan dan Agensi Persekutua­n Kelantan di sini, semalam.

Majlis perjumpaan itu bagi mengeratka­n hubungan, menyampaik­an hasrat kerajaan selain memberi penekanan tentang kecekapan, ketelusan dan reformasi institusi berdasarka­n kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Mohd Radzi berkata keputusan yang dibuat bekas Merteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri itu sekaligus menjadikan Pakatan Harapan mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

“Sekarang sekurangku­rangnya kita ada seorang wakil di DUN Kelantan. Mungkin selepas ada dua tiga lagi wakil lain, sebab dalam politik siapa tahu,” katanya.

Di Pasir Puteh, Pengerusi Badan Perhubunga­n Bersatu Kelantan Datuk Kamaruddin Md Nor berkata beliau akan menjemput Mustapa untuk menyertai mesyuarat bersama parti itu dalam masa terdekat walaupun tokoh berkenaan tidak mempunyai sebarang jawatan dalam BERSATU.

Beliau berkata kehadiran Mustapa akan memberi sumbangan ke arah memantapka­n parti itu di Kelantan berikutan pengalaman luas Mustapa di Kelantan sejak sekian lama.

“Mustapa mempunyai pengalaman yang luas di dalam dan luar negara dan beliau merupakan aset yang sangat berguna kepada rakyat Kelantan untuk terus maju ke hadapan bersama-sama rakyat negeri-negeri lain,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Mohd Radzi (dua kanan) beramah mesra dengan para Ketua Jabatan pada Majlis Perjumpaan Khas Bersama Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutua­n Negeri Kelantan di Dewan Misai Kucing, Pusat Transforma­si Luar Bandar Kelantan di Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama APA KHABAR?: Mohd Radzi (dua kanan) beramah mesra dengan para Ketua Jabatan pada Majlis Perjumpaan Khas Bersama Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutua­n Negeri Kelantan di Dewan Misai Kucing, Pusat Transforma­si Luar Bandar Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia