Utusan Borneo (Sarawak)

Tok Pa mampu bawa gelombang harapan di Kelantan: Mohamad Sabu

-

KUALA LUMPUR: Penyertaan bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mustapa Mohamed ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan membantu Pakatan Harapan (PH) membawa gelombang perubahan dalam landskap politik di negeri Kelantan.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berkata selain memiliki imej yang cukup baik, bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri itu adalah pemimpin yang sangat popular di Kelantan sekali gus mampu untuk membawa sokongan rakyat negeri kepada PH.

Beliau berkata pihaknya pernah membuat di Kelantan satu ketika dahulu semasa Allahyarha­m Datuk Nik Ab- dul Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan, dan mendapati bahawa Mustapa adalah pemimpin nombor dua paling popular di Kelantan selepas Tok Guru (Nik Aziz).

“Dia (Mustapa) pun setakat ini kami tidak dengar ada kontrovers­i besar terhadap beliau, jadi kemasukan dia itu boleh bawa satu gelombang besar Harapan di Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n pejabat AMANAH Wilayah Persekutua­n dan Kawasan Bandar Tun Razak, di sini semalam, semasa mengulas mengenai keputusan Mustapa yang lebih mesra dengan panggilan ‘ Tok Pa’ menyertai BERSATU, Jumaat.

Bulan lepas, Mustapa, 68, yang juga Ahli Parlimen Jeli mengumumka­n keluar daripada UMNO selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti itu.

Sementara itu, ditanya kemungkina­n pemimpin atau bekas pemimpin Barisan Nasional yang lain akan menyertai parti-parti komponen PH, Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata beliau yakin akan ada lagi nanti.

Sementara itu Mohamad berkata selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, secara purata AMANAH menerima permohonan untuk ahli baharu 10,000 setiap bulan dengan Kelantan mencatatka­n jumlah keahlian yang paling ramai.

“Ini menunjukka­n orang Melayu terutama di Pantai Timursudah­mulamenyok­ong PH,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GUNA SEBAIKNYA: Mohamad Sabu (kanan) menyerahka­n replika kunci sebagai simbolik perasmian Pejabat Parti Amanah Wilayah Persekutua­n dan Kawasan Bandar Tun Razak kepada Pengarah Pilihan Raya Amanah Datuk Dr Mohd Hatta Ramli pada Majlis Perasmian Pejabat Parti Amanah Negara Wilayah Persekutua­n dan Kawasan Bandar Tun Razak di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Khalid Abdul Samad (dua kiri) yang juga Menteri Wilayah Persekutua­n.
— Gambar Bernama GUNA SEBAIKNYA: Mohamad Sabu (kanan) menyerahka­n replika kunci sebagai simbolik perasmian Pejabat Parti Amanah Wilayah Persekutua­n dan Kawasan Bandar Tun Razak kepada Pengarah Pilihan Raya Amanah Datuk Dr Mohd Hatta Ramli pada Majlis Perasmian Pejabat Parti Amanah Negara Wilayah Persekutua­n dan Kawasan Bandar Tun Razak di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Khalid Abdul Samad (dua kiri) yang juga Menteri Wilayah Persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia