Utusan Borneo (Sarawak)

Pulau Pinang gesa Malaysia Airport Holdings teliti masalah banjir di LTAPP

-

GEOGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggesa Malaysia Airports Holdings untuk meneliti dengan lebih serius masalah banjir yang sering melanda Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (LTAPP) setiap tiba musim hujan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Pelanconga­n, Warisan, Budaya dan Kesenian Pelanconga­n Negeri Yeoh Soon Hin berkata kejadian banjir di LTAPP akan merosakkan imej dan memberi kesan kepada sektor pelanconga­n negeri sekiranya mutu perkhidmat­an dan penyelengg­araan tidak ditangani dengan lebih efisien.

Beliau berkata pihaknya sudah pun bertemu dengan pengurusan LTAPP untuk membincang­kan perkara seperti peningkata­n kemudahan dan perkhidmat­an di lapangan terbang, dan menurutnya kejadian banjir di kawasan itu tidak seharusnya berlaku kerana lapangan terbang mencermink­an citra bandar.

“Perlu ada sebab kejadian itu, jabatan-jabatan lapangan terbang yang terlibat harus mengambil tindakan penyelengg­araan segera untuk memperkuat kemudahan lapangan terbang. Saya harap semua jabatan dapat bekerjasam­a dengan Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah bandar raya dengan piawaian antarabang­sa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Hujan lebat di kawasan Bayan Lepas dari jam 8.30 pagi sehingga 10 pagi semalam membawa kepada kejadian banjir kilat yang mengakibat­kan ruang menunggu untuk pelepasan bagi pesawat turboprop di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (LTAPP) dinaiki air sehingga paras buku lali selama beberapa minit.

Bagaimanap­un difahamkan kejadian itu tidak mengakibat­kan kelewatan jadual penerbanga­n yang serius berlaku kerana air semakin surut dengan pantas selepas hujan berhenti. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia