Utusan Borneo (Sarawak)

Ketuanan Melayu: Pandangan Syed Saddiq disalah tafsir

-

MUAR: Pandangan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda ( ARMADA) mengenai ketuanan Melayu sudah berakhir telah disalah tafsir, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kenyataan Syed Saddiq itu ditafsir seolah-olah BERSATU tidak memperjuan­gkan kepentinga­n orang Melayu, sebaliknya parti berkenaan sendiri wujud atas dasar memperjuan­gkan nasib orang Melayu selaras dengan perkara-perkara termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

“Meskipun memperjuan­gkan nasib Melayu, negara kita ini juga ada kaum bukan Melayu yang turut memerlukan sokongan daripada kita supaya mereka juga boleh bersama- sama berkongsi kekayaan ada di negara ini.

“Kita kena faham dalam senario dan situasi zaman kini, zaman selepas kita menang pilihan raya dan membentuk kerajaan dengan harapan baharu, di situlah kita berjanji bahawa kita akan berlaku adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia tidak kira apa jua kaum dan keturunan,” katanya.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata demikian ketika sesi soal jawab pada majlis perasmian Persidanga­n Perwakilan Tahunan BERSATU Bahagian Pagoh Kali Pertama 2018 di Pagoh, di sini semalam.

Kelmarin, Syed Saddiq dilaporkan berkata zaman ketuanan Melayu telah berakhir selain Malaysia bergerak ke arah fasa baharu yang memperjuan­gkan kesaksamaa­n, dan perkara tersebut turut menjadi agenda yang akan diperjuang­kan BERSATU.

Video Ahli Parlimen Muar itu turut menjadi tular di media sosial kelmarin dan menjadi perbincang­an orang ramai.

Mengulas lanjut, Muhyiddin menegaskan perjuangan parti itu adalah untuk terus mengangkat darjat dan martabat rakyat Malaysia agar masyarakat di negara ini terus menjadi bangsa yang maju dan dihormati.

“Kita ingin mencari satu pendekatan lebih sesuai, naratif lebih baik dan boleh diterima semua masyarakat kerana masih banyak perkara belum diselesaik­an dan harus dilakukan. Dalam kita memperjuan­gkan hak orang Melayu, kita turut ingin berkongsi kekayaan secara bersama,” katanya.

Dalam pada itu, ketika berucap pada majlis berkenaan, Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gambir, menasihatk­an agar kesemua anggota parti menjaga tingkah laku dan tutur kata berikutan cabaran masa kini menyaksika­n segala perkataan dan perbuatan dilakukan akan mudah tular di laman sosial sekali gus boleh mencemarka­n nama baik parti. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERUCAP: Muhyiddin semasa meyampaika­n ucapan perasmian pada Persidanga­n Perwakilan Tahunan 2018 PPBM Bahagian Pagoh di Dewan Serbaguna Pagoh di Muar, semalam.
— Gambar Bernama BERUCAP: Muhyiddin semasa meyampaika­n ucapan perasmian pada Persidanga­n Perwakilan Tahunan 2018 PPBM Bahagian Pagoh di Dewan Serbaguna Pagoh di Muar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia