Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor ditangguh

-

KUALA SELANGOR: Pemilihan PKR bagi cabang Kuala Selangor yang sepatutnya diadakan semalam ditangguhk­an berikutan masalah talian Internet.

Ketua Jawatankua­sa Pemilihan Pusat (JPP), Azmira Ibrahim berkata tarikh baharu bagi pemilihan di cabang berkenaan akan ditentukan kemudian oleh pihaknya.

“Hari ini (semalam) kami menghadapi masalah talian Internet yang tidak boleh menopang sistem e-undi, dan bukan sistem e-undi ini yang bermasalah.

“Mengenai kelewatan pengumuman penangguha­n ini ia kerana kami perlu mendapat pengesahan daripada JPP Pusat terlebih dahulu sebelum membuat pengumuman,” katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini semalam.

Kuala Selangor mempunyai seramai 17,737 anggota yang layak mengundi pada pemilihan kali ini.

Terdahulu, kecoh seketika apabila anggota PKR yang hadir sejak jam 8.30 pagi semalamdib­eritahu bahawa pemilihan semalam dibatalkan.

Keadaan bagaimanap­un dapat dikawal oleh petugas dan anggota keselamata­n.

Sementara itu, calon Ketua Cabang Kuala Selangor, Juwairiya Zulkifli berkata JPP patut menilai kembali kewajaran penggunaan sistem e-undi berkenaan.

“Masalah kelemahan talian Internet bukan pertama kali berlaku hari ini ( semalam), ia pernah berlaku ketika pemilihan di Melaka dan Kedah sebelum ini, dan JPP juga memberi jaminan bahawa perkara yang sama tidak akan berulang tetapi ia berulang lagi hari ini (semalam).

“Jika kita menggunaka­n sistem manual, perkara ini tidak akan berlaku,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Melawati itu.

Tambahnya, beliau dan calon lain bersetuju untuk pemilihan itu ditunda selepas mengambil kira keselamata­n dan keselesaan anggota PKR yang datang selain tidak mahu menimbulka­n sebarang kekecohan. — Bernama

Ya, ini kubu kuat saya. Tetapi saya tidak hairan kerana ia (pemindahan anggota) dibenarkan oleh parti, saya akur dengan keputusan ini. Kira-kira 1,000 pengundi dari Ampang telah dipindahka­n di sini. Mohd Rafizi Ramli Ketua Cabang PKR Pandan

Mohd Rafizi yang juga bekas Ketua Cabang Kemaman memperoleh 566 undi, manakala tiga pencabarny­a Haniza Mohd Talha memperoleh 405 undi, Nor Hayati Haron, 353 undi dan Mohamad Shauki Mohd Hashim, 71 undi.

Beliau berkata kekalahann­ya kepada Datuk Seri peroleh 508 undi berbanding Mohamed Azmin 715 undi.

Mohd Rafizi mendakwa perkara itu berlaku kerana pengundi dari cabang Ampang yang merupakan penyokong Mohamed Azmin telah dipindahka­n ke cabang berkenaan.

“Ya, ini kubu kuat saya. Tetapi saya tidak hairan kerana ia (pemindahan anggota) dibenarkan oleh parti, saya akur dengan keputusan ini. Kira-kira 1,000 pengundi dari Ampang telah dipindahka­n di sini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pengumuman keputusan tidak rasmi pemilihan PKR cabang Pandan di Dewan MPAJ, Taman Chempaka petang semalam.

Sementara itu, Mohd Rafizi juga meragui keputusan undian apabila bilangan anggota yang keluar mengundi berdasarka­n QR Code yang dikeluarka­n tidak menyamai bilangan undian.

“QR Code yang dikeluarka­n kira-kira 1,200. Perkara ini perlu saya periksa dengan JPP (Jawatankua­sa Pemilihan Parti), sama ada terdapat undi yang hilang seperti sebelum ini (Melaka dan Negeri Sembilan),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia