Utusan Borneo (Sarawak)

Pengundi berang proses undi cabang Pandan lewat bermula

-

KUALA LUMPUR: Belum pun bermula, pemilihan PKR di cabang Pandan sedikit panas apabila pengundi mula berang kerana pusat pengundian lambat dibuka pagi ini.

Pengundi yang tiba sejak pukul 9 pagi terpaksa menunggu kira-kira hampir dua jam apabila pusat pengundian di Dewan Majlis Perbandara­n Ampang Jaya, Taman Chempaka hanya dibuka pada 10.40 pagi.

Difahamkan proses pengundian tertangguh akibat ketiadaan anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) bagi mengawal keselamata­n pusat berkenaan.

Sebelum itu, pengundi mula menjerit apabila mereka terpaksa berhimpit di luar pagar dengan ada antara mereka menyatakan telah menunggu lama kerana ada banyak urusan harian yang perlu diselesaik­an.

Calon Timbalan Presiden Mohd Rafizi Ramli yang tiba pada jam 10 pagi juga terpaksa menunggu untuk mengundi di cabang berkenaan.

Sementara itu di cabang Ampang, pengundian hanya bermula jam 10.50 pagi akibat masalah teknikal.

Calon Ketua Cabang yang juga calon Naib Presiden Zuraida Kamaruddin yang tiba pada jam 9 pagi di pusat pengundian bertindak memberi panduan kepada pengundi agar pengundian berjalan lancar.

Fasa ketiga pengundian di negeri Selangor semalam melibatkan enam cabang iaitu Tanjong Karang, Kuala Selangor, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat.

Sementara itu, Zuraida berkata kelewatan itu adalah kerana masalah pada sistem tablet untuk pengundian berkenaan yang dibawa dari Tapah, Perak oleh Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP).

“JPP yang membawa tab itu kemudian mendapati berlaku masalah bagi menggunaka­nnya untuk cabang Ampang, namun dapat menyelesai­kannya.

“Alhamdulil­lah walaupun lewat sedikit bermula tetapi keadaan terkawal,” katanya kepada media di luar dewan berkenaan.

Beliau menganggar­kan setakat jam 11 pagi semalam, seramai 500 anggota telah mengundi dan menyeru kesemua 12,626 anggota cabang Ampang menjalanka­n tanggungja­wab mereka.

Zuraida berkata beliau juga telah berbincang dengan JPP dan telah mewujudkan sistem laluan khas bagi pemilih warga emas bagi melancarka­n proses pengundian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia