Utusan Borneo (Sarawak)

Henry terus gagal raih kemenangan

-

seperti 20 mata tetapi ia hanya tiga. Ia benar-benar penting untuk terus berada di landasan,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, yang memburu impian memberikan kejuaraan liga yang pertama Liverpool sejak 1990. Bournemout­h menghampir­i Tottenham yang berada di tangga kelima liga dengan kemenangan 3-0 di Fulham. Callum Wilson membuka jaringan dari satu tendangan penalti pada minit ke-14 selepas beliau dijatuhkan oleh Timothy Fosu-Mensah.

David Brooks kemudian menjaringk­an gol ketiga beliau dari empat perlawanan pada minit ke-72 sebelum kapten Fulham, Kevin McDonald dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua perlawanan ekoran terjahan ke atas Brooks.

Wilson melengkapk­an kemenangan dengan gol kedua peribadi lima minit sebelum tamat permainan.

“Benar-benar gembira hari ini,” kata pengurus Bournemout­h, Eddie Howe. “Kami bertahan dengan sangat bagus.”

Watford ternyata terlalu kuat buat Huddersfie­ld ketika menang 3-0 dan mereka mendahului 2-0 pada 19 minit pertama perlawanan di Vicarage Road.

Roberto Pereyra membuka jaringan seawal minit ke-10 dengan satu gol solo, melepasi enam pemain Huddersfie­ld sebelum merembat dari hujung kotak penalti.

Sembilan minit kemudian, Gerard Deulofeu menambah jaringan dengan satu rembatan dari jarak jauh.

Isaac Success melengkapk­an jaringan 10 minit sebelum tamat permainan.

Pengurus Watford, Javi Garcia, berkata: “Saya gembira kerana ia bukan sahaja satu keputusan yang bagus tetapi kami juga bermain dengan baik seperti pada perlawanan lain.’

Kekalahan menyebabka­n Huddersfie­ld jatuh ke tangga terbawah liga selepas Newcastle memperoleh­i satu mata selepas seri tanpa jaringan dengan Southampto­n. — AFP PARIS, Perancis: Thierry Henry masih memburu kemenangan pertama beliau sebagai jurulatih Monaco selepas seri 2- 2 dengan Dijon dalam aksi Ligue 1 Perancis sementara Lille, di tangga kedua liga, meneruskan rentak cemerlang dengan kemenangan keempat berturut- turut Sabtu lepas.

Henry, yang mengambil alih tugas sebagai jurulatih menggantik­an Leonardo Jardim awal bulan ini, memerlukan gol penyamaan Kamil Glik minit ke- 78 untuk mengelak pasukannya tewas buat kali kelima berturut- turut dalam liga.

Benjamin Henrichs membuka jaringan buat Monaco pada minit ke- 30 tetapi Dijon bangkit dengan gol Michael Alphonse dan Mehdi Abeid sebelum Glik menyelamat­kan maruah Henry dan Monaco walaupun mereka kini tanpa kemenangan dari 13 perlawanan semua pertanding­an dan berada di hadapan pasukan terbawah liga, Guingamp, yang seri 1- 1 dengan Strasbourg, dengan perbezaan gol.

“Ia bagus di mana kami pulang dengan keputusan seri tetapi ia tetap bukan kemenangan. Saya cuba untuk kekal positif. Saya harus kekal positif apabila keadaan menjadi sukar,” kata Henry, yang kehilangan Nacer Chadli kerana kecederaan semasa sesi memanas badan.

Chadli menambah senarai pemain kelab yang cedera dengan Henry terpaksa menurunkan penjaga gol pilihan keempat ketika seri 1-1 dengan Club Brugge dalam aksi Liga Juara- Juara pada pertengaha­n minggu.

Penjaring utama, Radamel Falcao, mengalami kecederaan ketika tewas 1- 2 kepada Strasbourg sementara Stevan Jovetic cedera ketika menentang Bruges dan Rony Lopes masih merawati kecederaan­nya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia