Utusan Borneo (Sarawak)

Atletico benam Soceidad 2-0

-

MADRID, Sepanyol: Pemain pertahanan, Diego Godin dan Filipe Luis menjaringk­an gol ketika Atletico Madrid bangkit dari kekalahan kepada Borussia Dortmund dalam aksi Liga Juara-Juara a dengan kemenangan 2-0 ke atas Real Sociedad, sekali gus melonjak ke tangga teratas La Liga Sepanyol Sabtu tu lepas.

Walaupun permulaan musim yang agak hambar, prestasi kurang meyakinkan dari Barcelona dan juga Real Madrid membolehka­n Atletico kembali ke kelompok teratas liga selepas tujuh perlawanan tanpa kalah dalam liga.

Kekalahan 0- 4 kepada Dortmund pada pertengaha­n minggu adalah terburuk buat jurulatih Atletico, Diego Simeone sepanjang tujuh tahun membimbing kelab tetapi mereka mempamerka­n aksi yang lebih memberangs­angkan di Stadium Wanda Metropolit­ano. “Saya “Sayaberasa­yakinbab haw hawa mereka akan ban bangkit dengan ca cara terbaik,” k kata Simeone. “Hari ini, sepanjang 90 minit kami m menunjukka­n k kesungguha­n, ket ketenangan dan bersa bersatu dalam padang.” Juara liga 2014 itu berada di tangga teratas dengan kelebihan satu mata di hadapan Barcelona sementara Real Madrid kurang empat lagi mata dengan dua kelab gergasi bola sepak Sepanyol itu bermain lewat di Nou Camp. S e l e p a s 4 4 m i n i t mengecewak­an yang menyaksika­n Ruben Pardo mempunyai dua peluang untuk Sociedad, Godin membuka jaringan pada minit akhir sebelum rehat untuk gol pertama beliau dalam liga sejak Mac 2017.

Atletico menguasai sepenuh permainan selepas rehat tetapi memerlukan gol dari seorang lagi pemain pertahanan untuk menamatkan saingan.

Pada perlawanan lain, Valencia mencapai keputusan seri ke- 10 musim ini dan kelima berturut-turut apabila seri tanpa jaringan di Athletic Bilbao.

Valencia, yang menamatkan saingan liga di tangga keempat musim lepas, kini hanya tiga mata di atas zon penyingkir­an walaupun hanya tewas sekali dari 10 perlawanan setakat ini.

Iago Aspas menjaringk­an hatrik buat Celta Vigo ketika membelasah Eibar 4-0 untuk melonjak ke atas pertengaha­n liga sementara Levante mencipta kemenangan liga yang keempat berturut-turut apabila menewaskan Leganes 2-0. — AFP MILAN, Itali: Cristiano Ronaldo menjaringk­an dua gol termasuk satu rembatan jarak jauh ketika Juventus menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan tujuh mata di singahsana Serie A Itali dengan menewaskan Empoli 2-1 Sabtu lepas.

Empoli, tanpa sebarang kemenangan sejak hari pertama musim baharu, bagaimanap­un mencipta kejutan apabila membuka jaringan pada minit ke-28 perlawanan di Stadio Carlo Castellani menerusi gol Francesco Caputo selepas umpanan dari Afriyie Acquah.

Tetapi Juventus berterima kasih kepada bintang antarabang­sa Portugal dalam separuh masa kedua apabila mengikat kedudukan dari satu tendangan penalti sebelum menjaringk­an gol kemenangan yang mengesahka­n kemenangan kesembilan dari 10 perlawanan liga buat skuad kendalian Massimilia­no Allegri.

“Ia adalah perlawanan yang sangat sukar. Kami tahu ia pastinya sukar terutama sekali selepas perlawanan Liga Juara-Juara dan kami kelihatan agak keletihan,” kata Ronaldo kepada penyiaran Sky Sport Italia.

“Kami terus mengekalka­n rentak, meningkatk­an penguasaan bola dan mencipta lebih banyak peluang selepas rehat dan pada akhirnya layak dengan kemenangan ini.

“Saya tidak ingat bagaim- ana saya menjaringk­an gol itu (gol kedua), saya perlu melihat semula rakaman perlawanan. Ia berlaku dengan sangat pantas tetapi saya yakin dengan cubaan saya.”

Selepas Caputo membuka jaringan, Empoli tidak bernasib baik kerana tidak diberikan satu tendangan penalti apabila rembatan Miha Zajc terkena lengan pemain pertahanan Juventus, Leonardo Bonucci tetapi pengadil memilih tidak mengambil sebarang tindakan walaupun selepas menyemak rakaman video insidne.

Penjaga gol Empoli, Ivan Provedel kemudian beraksi tangkas menepis dua cubaan pantas untuk menafikan gol dari cubaan Alex Sandro dan Miralem Pjanic pada awal separuh masa kedua ketika Juventus melihat rekod tanpa kalah mereka setakat musim ini dalam bahaya.

Juventus bernasib baik memperoleh­i satu tendangan penalti apabila Ismael Bennacer dijatuhkan dalam kotak penalti ketika mengejar umpanan Paulo Dybala, membolehka­n Ronaldo menyempurn­akan gol untuk mengikat kedudukan pada minit ke-54.

Selepas seri dengan Genoa minggu lepas, Ronaldo me- lengkapkan minggu yang sempurna apabila menjaringk­an gol kemenangan ketika berbaki 20 minit permainan.

Pada perlawanan lain, gol sendiri penjaga gol Fiorentina, Alban Lafont membolehka­n Torino mengharung­i lima perlawanan tanpa kalah ketika seri 1- 1 sementara Atalanta mencipta kemenangan kedua apabila membelasah Parma 3-0.

Napoli, di tangga kedua liga, boleh merapatkan jurang kedudukan dengan kurang empat mata jika menewaskan AS Roma pada perlawanan lewat. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Ronaldo (kanan) ketika bersaing dengan pemain tengah Empoli, Ismael Bennacer pada aksi Serie A Itali di Stadium Carlo Castellani, Empoli Sabtu lepas.
— Gambar AFP SENGIT: Ronaldo (kanan) ketika bersaing dengan pemain tengah Empoli, Ismael Bennacer pada aksi Serie A Itali di Stadium Carlo Castellani, Empoli Sabtu lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia