Utusan Borneo (Sarawak)

Federer pamer aksi bertenaga melangkah ke final ke-14 di Basel

-

BASEL, Switzerlan­d: Roger Federer mempamerka­n aksi bertenaga ketika menewaskan Daniil Medvedev 6-1 dan 64 untuk melangkah ke final yang ke-14 beliau pada kejohanan Dalam Dewan Swiss di sini Sabtu lepas.

Selepas dua aksi kurang meyakinkan tetapi menang, aksi terbaik beliau minggu ini menunjukka­n beliau masih mampu mencabar kejuaraan.

Beliau menewaskan lawan yang muncul juara di Tokyo bulan lepas dan melangkah ke final ke-12 berturut-turut di sini dalam masa hanya 64 minit.

Ia masih memerlukan beliau empat mata akhir untuk mengesahka­n kemenangan ke atas lawan yang beliau tewas dalam tiga set di pusingan pertama Siri Master Shanghai bulan ini.

“Ia kemenangan yang sangat bagus untuk saya, bagi saya, ia adalah kemenangan pada kadar 8 dari 10 mata,” kata Federer. “Beliau lawan yang sukar di Shanghai.

“Saya berasa selesa dengan gelanggang kecuali di akhir permainan di mana saya melakukan beberapa kesilapan.

“Beliau menamatkan permainan agak lewat sebelum ini dan mungkin kerana itu beliau keletihan dan kurang bergerak dengan baik. Saya dapat menggunaka­n sepenuh pengalaman saya hari ini.”

Federer akan memburu kejuaraan kesembilan pada kejohanan di tanahairny­a apabila menentang Marius Copil dari Romania.

Pemain ranking ke-93 dunia itu menjadi pemain kelayakan pertama yang melangkah ke final dalam masa lebih dari satu dekad apabila mengejutka­n Alexander Zverev 6-3, 6-7(6/8) dan 6-4.

“Saya masih sukar mempercaya­i saya menang, ia minggu yang cukup luar biasa bagi saya,” kata Copil. “Apabila saya datang ke sini, saya bersaing untuk kekal dalam senarai 100 pemain terbaik dunia.

“Saya hanya berharap untuk memenangi beberapa perlawanan tetapi sekarang saya di final, ia satu pencapaian yang sukar dipercayai. Saya tidak sabar untuk beraksi di final.”

Federer, 37, menghabisk­an hampir kurang 90 minit di gelanggang berbanding Copil, yang mengharung­i enam perlawanan untuk melangkah ke final kedua dalam karier ATP beliau.

“Saya berharap Marius menghabisk­an banyak tenaga dari perlawanan beliau (di separuh akhir), saya berasa lebih cergas nanti,” kata Federer.

“Ia pastinya hebat untuk memenangi kejuaraan yang ke- 99 ( sepanjang kerjaya) saya di sini.”

Federer mengambil masa hanya 19 minit untuk memenangi set pertama dan mengekalka­n rentak dengan mendahului 4- 0 pada set kedua.

Pemain ranking ketiga dunia itu akan memburu kejuaraan keempatnya pada tahun ini.

Copil akan berdepan perlawanan terbesar dalam kariernya selepas menewaskan Zverev, pemain pilihan kedua kejohanan dengan jaguh dari Romania itu hanya tewas satu set sepanjang minggu ini.

Copil akan bertemu Federer buat kali pertama tetapi beliau pernah mengejutka­n juara 2016 dan pilihan ketiga, Marin Cilic di pusingan kedua kejohanan di sini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia