Utusan Borneo (Sarawak)

Diberikan tiga hari untuk buat keputusan jika mahu ‘menyertai’ format baharu Piala Davis

-

BASEL, Switzerlan­d: Roger Federer mendedahka­n di mana penganjur format baharu Piala Davis, memberikan beliau hanya tiga hari untuk membuat keputusan jika mahu ‘menyertai’ kejohanan itu.

Bercakap semasa kejohanan Dalam Dewan Swiss di mana beliau melangkah ke final dan akan menentang Marius Copil dari Romania, jaguh tenis Switzerlan­d berkata dengan ruang masa yang terlalu singkat untuk membuat keputusan, beliau memilih untuk tidak membuat sebarang komitmen kepada kejohanan Piala Davis.

“Mereka hanya memberikan saya tiga hari untuk membuat keputusan,” kata Federer. “Saya tidak mempunyai masa mendapat nasihat dari semua pihak yang berkaitan.

“Saya tidak dapat membuat satu keputusan dalam masa singkat itu, jadi saya memberitah­u saya apa yang mereka mahukan.”

Federer juga menyuaraka­n keraguan tentang kebijaksan­aan format kejohanan satu minggu yang diperkenal­kan oleh penganjur

Mereka hanya memberikan saya tiga hari untuk membuat keputusan. Roger Federer Pemain dari Switzerlan­d

kejohanan, Kosmos, yang berjanji kepada Persekutua­n Tenis Antarabang­sa (ITF) sehingga 3 bilion dolar dalam hadiah kemenangan dalam tempoh 15 tahun akan datang.

Pertanding­an dijangka memaparkan 18 negara pada final yang berlangsun­g dari 17 hingga 24 November di Madrid tahun hadapan, dan akan menggantik­an format perlawanan tradisi timbal-balik sebanyak empat pusingan sejak berdekadde­kad.

Kosmos diketuai bintang bola sepak Barcelona, Gerard Pique, yang sekarang berharap bintang tenis Sepanyol, Rafael Nadal, akan menyertai kejohanan itu.

Novak Djokovic berkata beliau akan memberikan keutamaan kepada kejohanan Piala Dunia Pasukan pada Januari 2020, di beberapa venue di Australia.

Beberapa pemain utama merasakan kejohanan besar pada lewat bulan November, dan dengan Terbuka Australia bulan pada bulan Januari, menyebabka­n mereka mempunyai rehat yang terlalu singkat.

Federer ada berkata di Shanghai pada awal bulan ini di mana peluang beliau untuk bermain pada kejohanan format baharu Piala Dunia adalah ‘sangat tipis’.

“Saya amat meraguinya. Kita akan lihat apa yang akan berlaku,” katanya.

“Saya tidak fikir format ini sesuai dengan saya. Ia adalah sesuai untuk generasi pemain masa hadapan.”

Argentina dan Britain menerima penyertaan wildcard pada format baharu kejohanan ini dan akan bersaing bersama-sama dengan empat pasukan di separuh akhir tahun ini dan 12 pasukan yang memenangi pusingan kelayakan pada bulan Februari tahun hadapan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? FOKUS: Federer ketika beraksi pada perlawanan separuh akhir Terbuka Basel menentang Daniil Medvedev di St. Jakobshall­e, Basel kelmarin.
— Gambar AFP FOKUS: Federer ketika beraksi pada perlawanan separuh akhir Terbuka Basel menentang Daniil Medvedev di St. Jakobshall­e, Basel kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia