Utusan Borneo (Sarawak)

Harith teruja bermain dalam Kejohanan Skuash Terbuka Junior British, 2-5 Jan depan

-

KUCHING: Pemain skuash yang menakjubka­n, Harith Danial Jefri teruja dengan peluang untuk bermain dalam Kejohanan Skuash Terbuka Junior British yang dijadual berlangsun­g di United Kingdom (UK) bermula 2 hingga 6 Januari tahun depan.

Pemain nombor satu lelaki bawah 13 tahun kebangsaan itu telah ditawarkan Persatuan Skuash Malaysia untuk bermain di UK selepas dia memenangi kejohanan Terbuka Junior Malaysia di Pulau Pinang.

Ini bermakna pemain berusia 13 tahun dari Miri itu adalah satu- satunya pemain yang dipilih dari Sarawak, bersama enam lagi pemain lain iaitu Siow Yee Xian (lelaki bawah 19 tahun), Aifa Azman (perempuan bawah 19 tahun), Aira Azman (perempuan bawah 15 tahun), Nickhilesw­ar ( lelaki bawah 11 tahun) dan Chan Yiwen (perempuan bawah 19 tahun).

Sebelum ini, Harith sekadar berada di kedudukan ke- 11 dalam penampilan­nya di Terbuka Junior British di Birmingham pada Januari tahun ini.

Dia juga dinobatkan sebagai penerima anugerah Pelajar Lelaki Terbaik Sekolah Rendah ( Kecemerlan­gan Sukan) dalam Anugerah Pengurusan Pembanguna­n Manusia Ke-10, Jabatan Pendidikan Sarawak di Sekolah Seni Malaysia, Sarawak di Santubong pada Khamis lalu.

Malah, Harith turut cemerlang dalam CIMB Foundation Rising Star dan National Junior Circuit di Pusat Skuash Kebangsaan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan menjuarai kategori lelaki bawah 13 tahun setelah menewaskan Tay Jun Qian di final.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia