Utusan Borneo (Sarawak)

Sekurang-kurangnya enam kejohanan golf diadakan di DGCC tahun depan

-

KUCHING: Sekurangku­rangnya enam kejohanan golf bertaraf antarabang­sa akan diadakan di Damai Golf and Country Club (DGCC) pada tahun depan.

Pengerusi Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain berkata kejohanan-kejohanan itu dijangka bakal disertai ramai pemain golf dari luar negara.

“Sekuran-kurangnya ada enam kejohanan golf bertaraf antarabang­sa yang akan diadakan di DGCC pada tahun depan dan ramai peserta dari luar negara dijangka akan bertandang ke negeri Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah bagi Kejohanan Golf Piala SEDC 2018 yang berlangsun­g di DGCC kelmarin.

“Walaupun kalendar acara untuk tahun ini masih belum dimuktamad­kan namun pihak pengurusan DGCC sudah pun merancang acara yang akan berlangsun­g tahun depan yang bersamaan dengan Tahun Melawat Sarawak 2019,” tambah beliau.

Menurut beliau, pengurusan DGCC telah mendapat sokongan padu daripada SEDC dalam menjadi tuan rumah banyak kejohanan bertaraf antarabang­sa sepanjang tahun ini dan pada 2019.

Antara kejohanan bertaraf dunia yang akan berlangsun­g di DGCC tahun depan ialah Kejohanan Jelajah Asia Sarawak 2019, Kejohanan Jelajah Pembanguna­n Asia PGM-MNRB Sarawak 2019 dan Kejohanan Golf Antara Pasukan Amatur Antarabang­sa 2019.

Menurut beliau, pada tahun ini sahaja hampir 300 pemain golf profesiona­l dari luar dan dalam negara telah mengambil bahagian dalam dua kejohanan antarabang­sa yang telah berlangsun­g di DGCC dan menawarkan hadiah wang tunai sejumlah lebih RM2.3 juta kepada para pemenang.

Antara pemain golf profesiona­l yang telah bertanding di DGCC pada tahun ini datang dari rantau ASEAN, Asia, Eropah, India, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, India, Bangladesh, Sri Lanka, Pakistan, Korea Selatan, Jepun, Thailand, Filipina, Sweden, United Kingdom, Finland, Ireland, Singapore, Australia dan tuan rumah Malaysia.

Sementara itu, Kamsani Nordin dari Brunei Darussalam muncul juara keseluruha­n Kejohanan Golf Piala SEDC 2018 yang disertai lebih 150 peserta.

Hadir sama Pengurus Besar SEDC Datu Soedirman Aini serta Timbalanny­a Edwin Abit dan Pengurus Besar Damai Golf & Country Club (DGCC) Roslan Mohd Salleh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia