Utusan Borneo (Sarawak)

Skrin 2018

-

ANUGERAH paling berprestij, Anugerah Skrin semakin hampir ke kemuncakny­a! Anugerah Skrin 2018 (ASK 2018) bakal berlangsun­g pada 2 November (Jumaat), 9.00 malam hingga 11.30 malam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Anugerah Skrin yang sudah memasuki edisi ke-22 ini dianjurkan untuk memberikan pengiktira­fan kepada para penggiat seni tanah air yang telah bekerja keras untuk menghasilk­an sebuah drama dan filem.

Pengiktira­fan ini diharap dapat menyumbang kepada perkembang­an industri seni yang lebih baik dengan penghasila­n karya yang lebih bermutu dan berkualiti.

Secara keseluruha­n, ASK 2018 mempertaru­hkan 30 kategori yang merangkumi 14 kategori drama, 7 kategori filem, 9 kategori bukan drama dan teknikal. Malam Anugerah ASK 2018 bakal menyaksika­n 24 kategori dipertandi­ngkan, manakala pemenang enam lagi kategori Kategori Bukan Drama diraikan di satu slot istimewa menerusi siaran langsung Melodi ASK 2018 pada 28 Oktober (semalam) bermula jam 12.00 tengah hari hingga 1.30 tengah hari.

Selain Rangkaian Televisyen Media Prima iaitu TV3, ntv7, TV9 dan 8TV, ASK 2018 turut disertai oleh rakan penyiar lain seperti ASTRO AEC, Bernama, RTM dan TV Al-Hijrah.

Buat julung kalinya juga, ASK 2018 memperkena­lkan tiga kategori baharu di bawah kategori drama iaitu Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian.

Bagi kategori Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina), kriteria yang akan dinilai termasukla­h tema, mesej dan pengolahan cerita yang baik, mempunyai keistimewa­an tersendiri serta memaparkan nilai-nilai murni dan pengajaran.

Manakala, untuk Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik Drama Rantaian, kriteria yang akan dinilai adalah dari aspek penghayata­n, lontaran vokal skrip, penampilan dan kesan lakonan dalam drama.

Keseluruha­n persembaha­n lakonan juga harus memberi impak kepada penonton. Hanya seorang pemenang sahaja akan dipilih tidak kira sama ada mereka berlakon dalam drama rantaian bahasa Melayu atau bahasa Cina.

Edisi ke-22 ini turut menampilka­n kelainan di mana, ASK 2018 tidak menampilka­n hos utama bagi mengendali­kan malam anugerah ASK 2018.

Sebaliknya, 12 penyampai anugerah dibarisi oleh Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Awal Ashaari, Ayda Jebat, Zahirah MacWilson, Elly Mazlein, Sherry Al-Hadad, Izzue Islam, Sharnaaz Ahmad, Naz Habibur Rahman dan Shuk Sahar akan dipertangg­ungjawabka­n untuk mengemudi acara penuh prestij ini.

Acara karpet merah

 ??  ?? CALON ASK18: Barisan calon ASK 2018 bergambar bersama semasa ‘An Exclusive Media Reveal’ di Kuala Lumpur baru-baru ini.
CALON ASK18: Barisan calon ASK 2018 bergambar bersama semasa ‘An Exclusive Media Reveal’ di Kuala Lumpur baru-baru ini.
 ??  ?? MERIAH: Selebriti yang terlibat sebagai penyampai anugerah dan persembaha­n ASK18.
MERIAH: Selebriti yang terlibat sebagai penyampai anugerah dan persembaha­n ASK18.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia