Utusan Borneo (Sarawak)

Frank Underwood masih hantui musim akhir ‘House of Cards’

-

PADA musim terakhir ‘House of Cards’ terbitan Netflix Inc, Frank Underwood sudah tiada lagi dari segi fizikal, selepas dia tiba-tiba meninggal dunia ketika dia tidur.

Namun hantu ahli politik “menang dengan apa jua cara” itu lakonan Kevin Spacey menghantui isterinya dan kepimpinan­nya yang muda sebagai presiden.

Penulis drama yang menerima pujian itu terpaksa menulis semula cerita selepas Spacey dituduh melakukan kesalahan seksual setahun lalu dan digugurkan dari siri itu yang menjadikan Netflix pemain dalam televisyen premium.

Penamatan cerita pasangan Underwoods, yang dipanggil “musim pembalasan” oleh penerbit, dapat ditonton menerusi Netflix pada 2 November.

Dalam kesimpulan musim lepas, isteri Frank yang tinggi menawan, Claire, lakonan Robin Wright, merenung kamera dan mengisytih­arkan “giliran saya” apabila kuasa beralih dan dia menjadi presiden wanita pertama Amerika Syarikat.

Selepas pemergian Spacey, penerbit eksekutif dan penulis Frank Pugliese dan Melissa James Gibson berkata semua orang yang terlibat dalam siri itu merasakan mereka mahu meneruskan musim keenam dan terakhir.

“Bagaimanak­ah keadaannya untuk benar-benar merampas gilirannya?” kata Pugliese dalam satu temu ramah.

“Ia nampak seperti cara yang mustahil dan tidak boleh diterima untuk menamatkan­nya seperti itu.”

Lapan episod baharu itu tidak meraikan ketiadaan Frank. Episod pertama mendedahka­n awal bahawa dia mati ketika tidur tetapi menjadikan punca kematianny­a subjek bagi satu misteri yang berterusan.

“Ia pasti rasa amat tidak jujur untuk cuba memadamkan­nya pada asasnya sebagai satu watak,” kata Gibson.

“Saya rasa ia tidak akan menghormat­i asal siri itu,” tambahnya.

Spacey dicalonkan bagi lima anugerah Emmy untuk wataknya dalam ‘House of Cards’.

Namun pada November lalu, Netflix dengan cepat memutuskan hubungan dengan pelakon itu selepas dakwaan tentang salah laku seksual muncul.

Dia dituduh oleh lebih 20 orang lelaki dan tidak menyatakan apa-apa secara terbuka tentang dakwaan tersebut sejak dia memohon maaf kepada penuduh pertama pada Oktober 2017.

Sepanjang musim terakhir ‘House of Cards’, Claire terpaksa sentiasa bergelut dengan urusan yang dibuat oleh mendiang suaminya dan kompromi yang dia buat bersamanya.

“Dia cuba mengukir laluannya sendiri dan dengan berbuat demikian, dia memperoleh­i peluang dan kewajiban untuk benar-benar berdepan dengan diri sendiri dengan cara yang begitu mendalam,” kata Gibson.

Claire juga perlu mengetahui siapa yang dia boleh percayai pada waktu kestabilan Rumah Putih tergugat ekoran ketiadaan Frank, satu senario yang memberikan jalan cerita yang kaya kepada penulis, kata mereka.

“Keadaan itu menjadi peluang yang saya harap akan ditunaikan oleh musim ini,” kata Pugliese. — Reuters

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ROBIN WRIGHT
ROBIN WRIGHT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia