Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Cameroon berkas 50 penyokong pembangkan­g

-

DOUALA: Pihak polis Cameroon menahan kirakira 50 penyokong pegawai pembangkan­g Maurice Kamto kerana mengadakan perarakan yang tidak dibenarkan di Douala, menurut jurucakapn­ya.

“Penahanan aktivis beramai-ramai (Michele Ndoki dan kira-kira 50 orang lain) serta penyokong kerana menunjuk perasaan secara aman pada hari ini,” jurucakap, Olivier Bibou-Nissack, menyatakan dalam kenyataan Facebook, merujuk kepada salah seorang peguam Kamto.

Penunjuk perasaan ditangkap semasa rali di Douala, bandar utama ekonomi di negara ini.

Di antara mereka adalah seorang wartawan yang membuat liputan mengenai acara tersebut, menurut sumber.

Kamto menolak keputusan rasmi bagi pilihan raya presiden pada bulan ini, di mana beliau adalah salah seorang daripada tujuh calon yang cuba menjatuhka­n Presiden Paul Biya yang sudah 35 tahun memerintah Cameroon.

Kamto mendapat tempat kedua dengan 14.23 peratus undian, berbanding 71.28 peratus bagi Biya, 85, yang telah memegang kuasa selama 35 tahun.

Ndoki adalah salah seorang peguam Kamto yang membantah di depan Majlis Perlembaga­an bagi apa yang beliau katakan penipuan besar- besaran dan bersistema­tik semasa pilihan raya.

Bibou-Nissack menyatakan ibu pejabat bagi parti Kamto, Movement for the Rebirth of Cameroon (MRC), telah dihapuskan.

Bangunan tersebut dikepung pihak polis yang menghalang sesiapa menghampir­i, menurut seorang wartawan AFP.

Pada Jumaat lepas, menteri kerajaan Paul Atanga Nji memberikan amaran bahawa sebarang cubaan untuk mengganggu arahan awam akan berdepan dengan tindakan tegas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia