Utusan Borneo (Sarawak)

Kanggaru hampir lemas selamat selepas CPR

-

SYDNEY: Seekor kanggaru yang melompat ke dalam laut di sebuah pantai Melbourne telah diselamatk­an oleh pihak polis Australia dan berjaya diselamatk­an dengan cara CPR, menurut pihak berkuasa semalam.

Pihak berkuasa menyatakan mereka dihubungi pihak Safety Beach di Melbourne tengah hari kelmarin berkenaan laporan bahawa haiwan tersebut telah berada di dalam air.

Ketika mereka tiba, haiwan tersebut hampir berjaya naik semula ke darat dan berada di atas pasir ditutupi dengan selimut oleh seorang pengunjung pantai.

Namun ketika mereka menghampir­i, ia tiba- tiba berpusing dan terjatuh semula ke dalam air.

“Ia mula berenang namun mengalami kesukaran dalam keadaan ombak yang besar serta tenggelam beberapa kali,” Polis Victoria menyatakan dalam satu kenyataan.

Dua anggota polis terjun ke dalam air dan berjaya untuk membawa haiwan tersebut, yang sekarang dalam keadaan tidak sedar, kembali ke atas kawasan berumput dan memberikan bantuan pernafasan kepadanya dengan menggunaka­n alat pernafasan.

Mereka tidak menggunaka­n bantuan pernafasan mulut ke mulut, menurut jurucakap Polis Victoria kepada AFP.

Haiwan liar itu kemudian dibawa ke sebuah balai polis dan selepas satu pemeriksaa­n, pihak berkuasa menyatakan ia berada dalam keadaan yang baik dan bernasib baik kerana masih hidup berdasarka­n kepada jumlah air masin yang ditelannya.

Terkenal dengan kemam- puan melompat, kebanyakan kanggaru juga perenang yang baik walaupun jarang berada di dalam air. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? HAMPIR LEMAS: Gambar yang dirakam daripada video media sosial ini menunjukka­n dua anggota polis cuba menyelamat­kan kanggaru terbabit yang bergelut di dalam air di Safety Beach, Victoria kelmarin.
— Gambar Reuters HAMPIR LEMAS: Gambar yang dirakam daripada video media sosial ini menunjukka­n dua anggota polis cuba menyelamat­kan kanggaru terbabit yang bergelut di dalam air di Safety Beach, Victoria kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia