Utusan Borneo (Sarawak)

Heli milik taikun Thailand terhempas

Stadium King Power di Leicester dikejutkan dengan nahas selepas perlawanan

-

LEICESTER: Sebuah helikopter milik taikun Thailand Vichai Srivaddhan­aprabha terhempas kelmarin berhampira­n stadium kelas bola sepak United Kingdom ( UK) miliknya Leicester City.

Helikopter itu dilihat diselubung­i api dalam gambar rakaman telefon bimbit yang diambil di tempat kejadian dan seorang jurugambar AFP di tempat kejadian melihat asap berkepul dari bangkai pesawat tersebut.

Helikopter tersebut terhempas selepas perlawanan kelmarin menentang West Ham di tempat letak kereta kelab Liga Perdana berhampira­n King Power Stadium, tempat kegemilang­an dua tahun lepas ketika pasukan Leicester City memenangi Liga Perdana dalam perlawanan yang menakjubka­n.

Polis menyatakan: “Kita sedang berdepan dengan satu insiden di dalam kawasan King Power Stadium. Perkhidmat­an kecemasan telah dimaklumka­n dan menguruska­nnya.”

Ahli perniagaan Thai Vichai yang telah menyumbang­kan berjuta- juta untuk kelab, sering meninggalk­an stadium dengan menaiki helikopter­nya yang berlepas dari padang, semasa beliau menghadiri perlawanan di tempat sendiri oleh pasukan Leicester.

Identiti juruterban­g dan mana-mana penumpang lain di dalamnya masih belum disahkan, malah masih belum diketahui sama ada sesiapa yang berada di daratan tercedera.

“Kami sedang membantu Polis Leicesters­hire dan perkhidmat­an kecemasan menguruska­n satu insiden besar di King Power Stadium,” menurut kelab itu dalam satu kenyataan.

Vichai yang memiliki syarikat King Power, membeli kelab itu pada 2010 dan menjadi pengerusi pada Februari 2011.

Pemain bola sepak Leices- ter City Jamie Vardy dan Harry Maguire menyatakan dalam laman Twitter dengan ‘emoji’ tangan berdoa.

Seorang saksi memberitah­u Sky News: “Saya berharap mereka dalam keadaan baik. Tidak kelihatan mereka mempunyai satu peluang. (Helikopter itu) Tiba-tiba terbakar.”

Jonathan Ashworth, Ahli Parlimen Buruh Leicester South, menyatakan dalam Twitter: “Tempat kejadian sangat teruk di @ LCFC dengan nahas helikopter. Saya telah berhubung dengan pihak perkhidmat­an kecemasan kami dan berterima kasih kepada mereka kerana memberikan respons dengan cepat. Harapan dan doa kami bagi semua yang terlibat dalam insiden yang sangat teruk ini.”

Perkhidmat­an ambulans tempatan menyatakan ia telah dimaklumka­n jam 9.38 malam waktu tempatan.

“Kami telah menghantar seorang doktor, dua paramedik dengan kenderaan ambulans, sebuah ambulans dengan kru dan Pasukan Respons Kawasan Berbahaya, dengan sumber pertama yang tiba dalam masa dua minit selepas panggilan,” jelasnya.

Sky Sports menyatakan helikopter itu berlepas dari padang antara jam 8.30 hingga 8.45 malam waktu tempatan namun mengalami masalah sejurus selepas itu dengan rotor bahagian ekornya.

Ia berada di bawah pemilikan Vichai di mana Leicester telah mencetuska­n salah satu dari kejutan terbesar dalam sejarah bola sepak Inggeris dengan memenangi Liga Perdana 2015/16, telah memulakan musim sebagai orang luar 5,000/1 untuk gelaran tersebut.

Pemain pertahanan West Ham Pablo Zabaleta, yang bermain dalam perlawanan kelmarin, menyatakan: “In- gatan dan doa saya adalah bersama dengan semua yang terlibat dalam kemalangan helikopter di Leicester City.”

Ahli pasukannya Declan Rice turut menyatakan dalam Twitter: “Kejadian yang sangat mengerikan di King Power malam tadi, doa dan ingatan saya kepada semua orang yang terlibat di Leicester.” — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? KEMALANGAN: Keadaan di tempat kejadian menunjukka­n bangkai helikopter milik Vichai yang terhempas di luar Stadium King Power di Leicester, kelmarin.
— Gambar Reuters KEMALANGAN: Keadaan di tempat kejadian menunjukka­n bangkai helikopter milik Vichai yang terhempas di luar Stadium King Power di Leicester, kelmarin.
 ?? — Gambar Reuters ?? PEMILIK: Gambar fail 7 Mei, 2016 menunjukka­n Vichai (kanan) melihat anaknya yang juga naib pengerusi Aiyawatt Srivaddhan­aprabha menjulang trofi Liga Perdana Barclays sambil diperhatik­an isteri dan menantunya.
— Gambar Reuters PEMILIK: Gambar fail 7 Mei, 2016 menunjukka­n Vichai (kanan) melihat anaknya yang juga naib pengerusi Aiyawatt Srivaddhan­aprabha menjulang trofi Liga Perdana Barclays sambil diperhatik­an isteri dan menantunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia