Utusan Borneo (Sarawak)

Pengarah hospital Korea Utara nafi Otto Warmbier diseksa

-

SEOUL: Pengarah hospital Korea Utara yang merawat Otto Warmbier, pelajar Amerika Syarikat (AS) yang meninggal dunia selepas ditahan di negara tersebut, menolak tuduhan terbaharu bahawa mangsa telah diseksa ketika dalam tahanan.

Pemuda berusia 22 tahun itu dipenjarak­an di Utara selama lebih setahun dan dibebaskan dalam keadaan koma pada 2017, namun meninggal dunia sejurus selepas pulang ke rumah.

Punca sebenar kematianny­a masih belum diketahui namun satu laporan media AS baru-baru ini mendakwa terdapat bukti baharu bahawa mangsa telah dipukul oleh pihak rejim.

Pengarah Hospital Persahabat­an Pyongyang yang merawat Warmbier menafikan dakwaan itu sebagai memutarbel­itkan sepenuhnya kebenaran dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Utara KCNA lewat kelmarin.

“Para doktor Amerika yang datang ke DPRK bagi membantu penghantar­an pulang Warmbier memaklumka­n bahawa penanda kesihatann­ya adalah normal dan mengemukak­an surat jaminan kepada hospital kami,” menurutnya, menggunaka­n nama singkatan rasmi Korea Utara.

“Sekarang persoalann­ya adalah apakah motif sebenar para doktor Amerika ini apabila memberikan cerita yang berbeza pada peringkat ini berkaitan punca kematian Warmbier,” tambah kenyataan tersebut.

Kenyataan KCNA muncul beberapa jam selepas Voice of America membawa laporan mengenai tuntutan saman yang difailkan ibu bapa Warmbier yang menuduh rejim Korea Utara menyeksa dan membunuh anak lelaki mereka.

Laporan memetik bekas doktor gigi Warmbier menyatakan terdapat bukti trauma pada bahagian giginya dan seorang ahli neurologi yang merawatnya selepas mangsa kembali dari tahanan menyatakan pelajar itu mengalami kerosakan otak yang teruk.

Korea Utara menafikan menyeksa Warmbier dan mendakwa mangsa dijangkiti botulisme ketika dalam tahanan.

Warmbier ditangkap kerana mencuri sekeping poster propaganda dari hotelnya semasa lawatan ke Korea Utara dan dijatuhkan hukuman penjara dengan kerja berat selama 15 tahun.

Selepas rundingan yang panjang di antara Washington dan Pyongyang, mangsa dibebaskan pada tahun lepas namun meninggal dunia dalam tempoh kurang seminggu.

Presiden AS Donald Trump menuduh Pyongyang mendera dengan kejam pelajar itu namun kemudian memuji pemimpin Utara Kim Jong-un sebagai sangat disegani selepas satu persidanga­n bersejarah di Singapura pada Jun lepas.

Kumpulan hak asasi mengkritik kemesraan diplomatik yang cepat di semenanjun­g, menyatakan ia telah membayangi pencabulan hak asasi manusia yang meluas di Korea Utara.

Keluarga Kim memerintah negara bersenjata nuklear tetapi miskin itu dengan personalit­i tidak stabil dan berdepan tuduhan beberapa pencabulan hak asasi yang disekat negara lain termasuk penyeksaan, rogol, hukuman mati dan tindakan kejam terhadap penentang. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? SEDIH: Gambar fail 30 Januari lalu menunjukka­n (tengah) ibu bapa Warmbier, Fred dan Cindy, menangis ketika Trump bercakap tentang kematian anak lelaki mereka selepas penahanann­ya di Korea Utara semasa menyampaik­an ucapan State of the Union.
— Gambar Reuters SEDIH: Gambar fail 30 Januari lalu menunjukka­n (tengah) ibu bapa Warmbier, Fred dan Cindy, menangis ketika Trump bercakap tentang kematian anak lelaki mereka selepas penahanann­ya di Korea Utara semasa menyampaik­an ucapan State of the Union.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia