Utusan Borneo (Sarawak)

Macron saran sekatan ke atas Arab Saudi harus menyeluruh

-

ISTANBUL: Presiden Perancis Emmanuel Macron kelmarin menyatakan manamana sekatan ke atas Arab Saudi sebagai respons terhadap pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi harus meliputi peringkat Eropah.

Pemimpin Perancis itu merujuk kepada keputusan Canselor Jerman Angela Merkel pada minggu ini untuk menghentik­an semua pengekspor­tan senjata ke Arab Saudi, yang membawa kepada perbalahan jarang berlaku di antara sekutuseku­tu rapat Eropah selepas Macron mencadangk­an Berlin terlibat dalam penghasut politik sejati.

Bagaimanap­un kedua-dua pemimpin itu mempunyai perbincang­an yang tenang pada waktu lain ketika persidanga­n Syria di Istanbul kelmarin, menurut pejabat Macron, dan bersetuju untuk tidak mengumumka­n kedudukan mereka yang seterusnya mengenai isu berkenaan tanpa meneliti terlebih dahulu pada peringkat Eropah.

Pada Jumaat lepas Macron menegaskan tiada hubungan moral di antara kematian Khashoggi awal bulan ini dan pembelian senjata buatan Perancis oleh Arab Saudi.

“Apa kaitan di antara penjualan senjata dan Khashoggi?” kata beliau, menyatakan ia sebagai hasutan politik sepenuhnya bagi meminta penghentia­n pengekspor­tan atas pembunuhan penentang tersebut dalam konsulat Arab di Istanbul.

Kenyataan itu dijelaskan sebagai kritikan berselindu­ng yang jarang dilakukan terhadap Merkel, yang pada mulanya menyatakan Jerman perlu mengesahka­n latar belakang jenayah kejam ini dan sementara itu tidak akan membekalka­n senjata kepada Arab Saudi.

Macron menyatakan pen- jualan senjata kepada Riyadh, pelanggan kedua terbesar Perancis selepas India, tiada kaitan dengan Khashoggi.

“Seseorang tidak seharusnya mencampur aduk semua perkara.”

Beliau menambah bahawa sekiranya Arab Saudi disekat, kita harus melakukan pada semua peringkat.

“Dalam kes itu, kita seharusnya berhenti menjual kereta,” beliau memberitah­u wartawan. satu lagi perkara lain di Jerman, pengekspor­t auto besar-besaran.

Sebelum tindakan antarabang­sa terhadap kerajaan Arab, pada bulan lepas Jerman telah meluluskan pengek- sportan senjata bernilai 416 juta euro kepada Riyadh bagi tahun 2018.

Pembunuhan Khashoggi telah mencemari imej Putera Mahkota Mohammed bin Salman, yang memaparkan dirinya sebagai pengubah Arab, dan menguji hubungan di antara Washington dan Riyadh ketika kuasa-kuasa Barat menuntut jawapan mengenai siapa yang telah mengarahka­n pembunuhan dan di mana mayatnya dibuang.

Putera Mohammed, pemerintah de facto kerajaan, mengecam pembunuhan itu sebagai menjijikka­n dan menafikan sebarang penglibata­n. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SERIUS: (Dari kiri) Merkel, Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Turki Tayyip Erdogan dan Macron menghadiri majlis makan malam selepas sidang kemuncak mengenai Syria di Istanbul, kelmarin.
— Gambar Reuters SERIUS: (Dari kiri) Merkel, Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Turki Tayyip Erdogan dan Macron menghadiri majlis makan malam selepas sidang kemuncak mengenai Syria di Istanbul, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia