Utusan Borneo (Sarawak)

Dagangan di Bursa Malaysia dijangka tidak menentu Sentimen pasaran tempatan banyak dipengaruh­i prestasi Wall Street

-

KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia dijangkaka­n tidak menentu pada minggu ini, berikutan perkembang­an luaran yang tidak begitu menggalakk­an.

Ketua Penyelidik­an, InterPacif­ic Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew berkata bagi tahun ini, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencecah paras terendah pada 28 Jun apabila berada pada 1,657.78 dan terdapat risiko sekiranya ia hampir kepada paras tersebut.

“Sentimen bagi pasaran tempatan sebahagian besarnya dipengaruh­i prestasi Wall Street selain mempertimb­angkan kebimbanga­n peserta pasaran terhadap keuntungan korporat Amerika Syarikat (AS) serta unjuran bagi ekonomi terbesar dunia itu, kami yakin FBM KLCI akan tidak menentu pada minggu depan (minggu ini).

“Kami percaya FBM KLCI akan diniagakan rendah, namun kemungkina­n penurunan itu tidak ketara,” katanya kepada Bernama.

Dari segi teknikal, PublicInve­st Research berkata FBM KLCI dijangkaka­n mengalami tidak banyak perubahan antara 1,664 dan 1,700, dengan paras sokongan pada 1,622, 1,664 dan 1,680 manakala paras rintangan pada 1,700, 1,719 dan 1,735.

Bagi minggu yang baharu berakhir, Bursa Malaysia mencatatka­n dagangan kebanyakan­nya rendah, seiring dengan pasaran Asia yang merekodkan prestasi lemah memandangk­an pelabur menjejaki penurunan di Wall Street selepas penjualan ketara dalam syarikat teknologi AS.

Berdasarka­n Jumaat ke Jumaat, penanda aras FBM KLCI ditutup 49.08 mata lebih rendah kepada 1,683.06.

Indeks FBM Emas merosot 379.41 mata kepada 11,591.11, Indeks FBMT100 susut 352.77 mata kepada 11,447.22 dan Indeks FBM Emas Syariah kurang 379.41 mata kepada 11,591.11.

FBM 70 susut 483.41 mata kepada 13,290.74 dan FBM Ace turun 324.91 mata kepada 4,775.05.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan merosot 420.59 mata kepada 17,144.87, Indeks Perladanga­n kurang 102.63 mata kepada 7,324.34 dan Indeks Barangan dan Perkhidmat­an Industri turun 4.77 mata kepada 168.34.

Jumlah dagangan mingguan berkuranga­n kepada 7.96 bilion unit bernilai RM8.02 bilion daripada 10.15 bilion unit bernilai RM10.68 bilion pada minggu sebelumnya.

Pasaran Utama mencatatka­n jumlah dagangan 5.54 bilion saham bernilai RM7.52 bilion berbanding 6.71 bilion saham bernilai RM10.03 bilion.

Jumlah dagangan waran berkuranga­n kepada 1.27 bilion unit bernilai RM262.7 juta daripada 1.90 bilion unit bernilai RM357.70 juta pada Jumaat minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 1.14 bilion saham bernilai RM241.96 juta daripada 1.57 bilion saham bernilai RM289.37 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia