Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan emas dijangka meningkat

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka tinggi minggu ini, didorong oleh kelemahan ringgit berbanding dolar AS dan keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Emas di Bursa Malaysia diunjur didagangka­n antara RM160 dan RM171 segram, minggu ini.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd Kiang Jia Ling memberitah­u Bernama, kelemahan ringgit akan menjadikan emas dilihat lebih menarik untuk pelabur asing yang akan memacu permintaan terhadap niaga hadapan emas.

Beliau berkata perkembang­an luar sama ada politik dan kewangan, telah mewujudkan ketidakpas­tian di pasaran dan mengurangk­an risiko pelabur.

“Ini menyebabka­n berlakunya ketidakten­tuan dan aktiviti menjual saham di pasaran ekuiti yang turut mendorong pelabur untuk beralih ke arah emas. Ini berikutan status logam berharga itu yang secara tradisinya dilihat sebagai selamat,” katanya.

Emas tempatan juga akan menjejaki prestasi peningkata­n pasaran emas Bursa Komoditi New York selain mencari pemangkin menerusi Bajet 2019 yang akan dibentangk­an pada 2 November depan dalam usaha mendapatka­n hala tuju pasaran.

Bagi asas perbanding­an Jumaat hingga Jumaat, kontrak Oktober 2018 meningkat 40 mata kepada RM166 segram, November 2018 menambah 34 mata kepada RM166 segram manakala Disember 2018 dan Januari 2019 menokok 30 mata masing-masing kepada RM166.20 dan RM166.30 segram.

Jumlah dagangan mingguan jatuh kepada sembilan lot bernilai RM149,330 daripada 25 lot bernilai RM412,630 sebelum ini.

Kepentinga­n terbuka naik kepada 38 kontrak daripada 34 kontrak sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia