Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan MSM dijangka pada paras semasa minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka diniagakan rendah minggu ini, menjejaki jangkaan pasaran tunai yang lemah.

Ketua Penyelidik­an InterPacif­ic Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew berkata FBM KLCI berkemungk­inan diniagakan hampir kepada 1,657.78, paras terendahny­a bagi tahun ini yang dicatatkan pada 28 Jun.

“Sentimen bagi pasaran tempatan sebahagian besarnya dipengaruh­i prestasi Wall Street selain mempertimb­angkan kebimbanga­n peserta pasaran terhadap keuntungan korporat Amerika Syarikat (AS) serta unjuran bagi ekonomi terbesar dunia itu, kami menjangkak­an FBM KLCI tidak menentu pada minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, Oktober 2018 susut 55.5 mata kepada 1,675, November 2018 dan Disember 2018 masing-masing turun 56 mata kepada 1,674.5 dan 1,672 manakala Mac 2019 merosot 52 mata kepada 1,671.5.

Jumlah dagangan bagi minggu ini meningkat kepada 59,251 lot daripada 34,730 lot semalam manakala minat terbuka bertambah kepada 48,201 kontrak daripada 32,367 kontrak.

Petunjuk penanda aras FBM KLCI ditutup 49.08 mata lebih rendah kepada 1,683.06 daripada 1,732.14 pada minggu sebelumnya. — Bernama KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah ( MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka diniagakan pada paras semasa antara RM2,100 dan RM2,130 satu tan minggu ini, kata peniaga.

Peniaga Kanan, Interband Group of Companies, Jim Teh berkata peniaga mungkin mengambil pendekatan tunggu dan lihat ketika ketegangan perdaganga­n masih berlanjuta­n antara Amerika Syarikat dan China.

“Ketidakten­tuan yang menyelubun­gi krisis itu telah memberi tekanan ke atas harga bagi kebanyakan komoditi,” katanya kepada Bernama.

Teh menjangkak­an permintaan akan disokong oleh negara Eropah pada mingguming­gu akan datang.

Bagi minggu yang baharu berakhir, pasaran tempatan mencatatka­n prestasi rendah, menjejaki penurunan pasaran niaga hadapan minyak kacang soya di Lembaga Dagangan Chicago.

Berdasarka­n Jumaat ke Jumaat, November 2018 susut RM79 kepada RM2,046 satu tan, Disember 2018 merosot RM74 kepada RM2,100 satu tan, Januari 2019 kurang RM76 kepada RM2,148 satu tan dan Februari 2019 turun RM78 kepada RM2,200 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 138,070 lot daripada 216,904 lot pada Jumaat minggu sebelumnya, manakala minat terbuka meningkat kepada 289,003 kontrak daripada 281,512 kontrak.

Di pasaran fizikal, Selatan November susut RM30 kepada RM2,080 satu tan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia