Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran getah dijangka kekal lemah

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka kekal lemah minggu depan memandangk­an kebimbanga­n perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat dan China terus mempengaru­hi pertimbang­an peserta pasaran.

Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) Denis Low Jau Foo berkata sentimen pasaran tidak begitu baik dalam kalangan pembeli asing, terutama dari China.

“Ketidakten­tuan ekoran perang perdaganga­n itu telah menjejaska­n sentimen belian dari China, yang akan menjadikan harga getah diniagakan rendah bagi minggu depan (minggu ini),” katanya kepada Bernama.

Pasaran getah tempatan juga mungkin menjejaki pergerakan harga di pasaran getah serantau, harga minyak mentah serta prestasi ringgit berbanding dolar AS.

Turun naik harga penanda aras minyak mentah akan memberi kesan ketara ke atas harga getah.

Bagi minggu yang baharu berakhir, pasaran getah Malaysia diniagakan bercampur- campur, menyusuli prestasi pasaran serantau.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 naik tiga sen kepada 544.5 sen sekilogram, manakala susu getah pukal turun sembilan sen kepada 395.5 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi pada jam 5 petang bagi SMR 20 susut lima sen kepada 540.5 sen sekilogram dan susu getah pukal merosot 9.5 sen kepada 395.5 sen sekilogram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia