Utusan Borneo (Sarawak)

Kemudahan demonstras­i cucian air biomas pertama di Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd ( TNB), menerusi TNB Research Sdn Bhd, telah menjalin kerjasama dengan dua syarikat lain bagi mengendali­kan kilang demonstras­i pembersiha­n kekotoran tandan kosong buah sawit ( EFB) yang d i g u n a k a n d a l a m pengeluara­n palet biomas premium.

Palet berkenaan digunakan dalam usaha penjanaan tenaga.

TNB Research, anak syarikat milik penuh dan cabang penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) TNB pada masa ini menjalanka­n aktiviti penyelidik­an dan menyediaka­n perkhidmat­an kejurutera­an pembanguna­n membabitka­n sisa industri minyak sawit yang diubah kepada produk nilai tambah tinggi, kata TNB dalam satu kenyataan semalam.

Pada Selasa lepas, TNB Research bersama dengan KEPRI, institut penyelidik­an KEPCO yang merupakan utiliti elektrik terbesar Korea Selatan dan Detik Aturan Sdn Bhd (DASB),pengeluarp­aletbiomas Malaysia, telah melancarka­n kilang demonstras­i tersebut yang merupakan kemudahan demonstras­i cucian air biomas pertama seumpamany­a di Malaysia.

Bercakap pada majlis pelancaran itu, Pengarah Urusan Detik Aturan, Khairil Annuar Khalid menyifatka­n penglibata­n syarikat dalam projek itu dari segi penyediaan lokasi kilang berkenaan sebagai bukti komitmen terhadap persekitar­an lebih bersih dan sihat.

Sementara itu, Presiden KEPRI, Dr Sung Hwan Bae, berkata sebagai pemaju teknologi elektrik terkemuka Korea Selatan, institut itu gembira kerana dapat menyokong pengembang­an palet biomas bernilai tinggi yang berpotensi sebagai bahan bakar untuk penjanaan kuasa.

P e n g a r a h U r u s a n Penyelidik­an TNB Ir Dr Zainul Asri Mamat pula berkata: “Kita amat berterima kasih kepada teknologi baharu muncul yang menyaksika­n perniagaan biomas dunia mengalami era perubahan serba pesat.”

Beliau turut menyifatka­n kerjasama di kilang demonstras­i itu akan memastikan industri palet biomas kekal di barisan utama dalam usaha memanfaatk­an perubahan yang dialami bidang tersebut.

Pada majlis pelancaran itu, ketiga-tiga pihak turut memeterai memorandum persefaham­an untuk menggalakk­an kerjasama dua haladalamt­eknologi,kecekapan serta peluang perniagaan dalam perniagaan biomas di serata dunia. — Bernama KUALA LUMPUR: Malaysia terus mencatat aliran keluar bersih dana asing bagi minggu yang baharu berakhir ini susulan aktiviti jualan ketara dalam kebanyakan pasaran saham yang meresahkan pelabur, namun memberi impak minimum ke atas pasaran ekuiti tempatan, kata Ketua Penyelidik­an Inter-Pacific Research Sdn Bhd, Pong Teng Siew.

Sambil menyifatka­n senario kurang memberangs­angkan itu lebih besar di peringkat global berbanding faktor dalam negara ketika ini, beliau bagaimanap­un tidak menolak kemungkina­n tindakan kerajaan mengurangk­an belanjawan pembanguna­n turut memainkan peranan membantutk­an selera risiko kalangan institusi asing.

“Setakat ini, saya tidak menjangkak­an sebarang aliran kenaikan dalam tempoh prabelanja­wan itu memandangk­an pembentang­an Bajet 2019 pada minggu depan (minggu ini).

“Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang diumumkan baru- baru ini, memberi gambaran jelas bahawa belanjawan pembanguna­n akan dipotong. Sehubungan itu, saya percaya projek (yang akan dilaksanak­an) tidaklah bersifat besar dari segi saiz dan keuntungan, walaupun kerajaan memutuskan untuk mengekalka­n jumlah projek,” katanya kepada Bernama.

Mengulas kadar aliran dana asing, pasaran tempatan merekodkan aliran masuk sebanyak RM34 juta pada Isnin, namun senario itu berubah keesokanny­a dengan aliran keluar dari Selasa sehingga Khamis mencatatka­n RM258.1 juta.

Bagi minggu sebelumnya, dana asing menjadi jualan bersih dari Isnin sehingga Khamis dengan jualan asing berjumlah RM93.7 juta.

“Corak aliran dagangan bagi minggu yang baharu berakhir itu adalah tidak konsisten dan dalam keadaan pasaran global amat goyah. Jualan bersih pada Selasa adalah yang terbesar setakat ini iaitu RM138.7 juta bagi Oktober 2018,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dalam jangka masa terdekat ini, sentimen pasaran goyah berikutan ketidaksta­bilan dalam persekitar­an luaran.

Malah, jelasnya, faktor luaran sentiasa menjadi pemacu utama kepada pergerakan aliran dana ekuiti di Malaysia serta di pasaran sedang pesat membangun.

Merujuk keputusan prestasi kewangan Amazon.com dan Alphabet yang menyaksika­n pendapatan suku ketiga syarikat tersebut adalah di bawah jangkaan, beliau berkata keadaan itu mendorong kepada penurunan saham Asia pada Jumaat yang turut mengheret ekuiti rantau ini menjadi lebih susut.

“Sebelum itu, kita melihat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga China yang terus menyederha­na kepada 6.5 peratus, selain isu- isu lain seperti perang perdaganga­n antaranya dengan Amerika Syarikat (AS) dan (semakan) kadar faedah oleh Rizab Persekutua­n AS serta hasil pilihan raya penggal pertengaha­n presiden AS pada 6 Nov ini yang akan mempengaru­hi sentimen pasaran,” katanya.

Di peringkat domestik, Afzanizam berkata pembentang­an Bajet 2019 pada 2 Nov ini akan turut diikuti dengan rapat.

“Lebih-lebih lagi selepas ( agensi penarafan antarabang­sa) Moody’s menyatakan pendiriann­ya terhadap semakan semula defisit fiskal yang disasarkan, sepertiman­a dinyatakan dalam Kajian Separuh Penggal RMK11 itu,” katanya.

Bagaimanap­un, angka pertumbuha­n Indeks Harga Pengguna terbaharu sebanyak 0.3 peratus menunjukka­n impak Cukai Jualan dan Perkhidmat­an ( SST) terhadap harga secara amnya adalah terkawal.

“Pada masa ini, tahap sokongan dan rintangan KLCI masing-masing pada 1,657 dan 1,714 mata dan indeks kini kekal pada kedudukan jualan berlebihan. Oleh itu, kami menjangkak­an perdaganga­n yang lebih kecil pada minggu depan (minggu ini),” katanya.

Mengulas ringgit, paras sokongan dan rintangan ialah RM4.1516 dan RM4.2438 berbanding dolar AS dan dijangka berada dalam lingkungan kecil berikutan sikap pelabur menunggu butiran Bajet 2019.

Ketua Penyelidik­an Rakuten Trade Sdn Bhd, Kenny Yee pula percaya aliran dana asing mencecah lingkungan negatif minggu ini yang didorong oleh aktiviti jualan di Wall Street, barubaru ini.

Malah, beliau menyifatka­n selera risiko pelabur terhadap ekuiti telah berkuranga­n.

Pasaran serantau juga dijangka sedikit negatif berikutan ketidakten­tuan di Dow Jones, termasuk kecenderun­gannya untuk susut.

Merujuk Bajet 2019, beliau berkata tiada bukti jelas yang menunjukka­n ia bersifat untuk berkembang dengan ketara, sekali gus turut menyebabka­n aspek pemangkin dalam lingkungan terhad. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia