Utusan Borneo (Sarawak)

EcoFirst bayar dividen pertama dalam masa setahun

-

SUBANG: S y a r i k a t pemaju hartanah, EcoFirst Consolidat­ed Bhd (EcoFirst) berhasrat membayar dividen pertama pada jumlah kecil daripada keuntungan­nya dalam tempoh 12 bulan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Datuk Tiong Kwing Hee.

Menurutnya, syarikat itu seterusnya akan menambah jumlah dividen itu setiap tahun yang turut dijadikan dasar pembayaran dividen syarikat tersebut.

“Saya telah berjanji kepada pemegang saham bahawa saya akan membuat bayaran itu dalam masa 12 bulan. Ini merupakan ( bayaran) dividen pertama selepas bertahun lamanya,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini, barubaru ini.

Keuntungan bersih suku pertama EcoFirst berakhir 31 Ogos, 2018 mencecah RM4.7 juta walaupun dalam persekitar­an hartanah yang lembap manakala perolehann­ya sebanyak RM44.7 juta.

Tiong berkata syarikat itu juga berjaya mengekalka­n rekod prestasi keuntungan yang disumbangk­an oleh kecekapan pengurusan sumber, struktur kos dan keupayaan mengawal hutang yang rendah.

“Fasa 1 Liberty@Ampang Ukay (Liberty) yang terjual 95 peratus itu membuktika­n keupayaan EcoFirst untuk memasuki segmen pasaran dan menghasilk­an produk yang menepati permintaan pelanggan,” katanya.

Menurutnya, Liberty juga berjalan lancar mengikut jadual dan dijangka siap sepenuhnya menjelang November 2019.

“Kami kini menumpukan usaha membabitka­n Fasa 2 Ampang Ukay yang dirancang sebagai pembanguna­n dengan kepadatan rendah merangkumi cadangan pembanguna­n tiga blok mengandung­i unit bersaiz luas selain sesuai dengan keperluan keluarga muda. Ia dijadual untuk dilancarka­n pada suku ketiga 2019.

“Sejajar kedudukann­ya sebagai tanah pegangan bebas yang luas dan terakhir di sempadan Hulu Klang, projek Ampang Ukay seluas 35.21 hektar itu akan menjadi pemacu utama pertumbuha­n bagi jangka pertengaha­n dan panjang dengan nilai p e m b a n g u n a n k a s a r dianggarka­n RM5 bilion,” katanya.

Bagi kemajuan masa depan, Tiong berkata EcoFirst menyasarka­n peluang untuk membangunk­an tanah kecil di kawasan kejiranan mewah bagi meraih aliran tunai yang cepat dan mantap. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia