Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia mulakan semula penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Kuantan

-

KUANTAN: Syarikat penerbanga­n tambang murah, AirAsia Berhad ( AirAsia) kini kembali menyediaka­n kemudahan penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Kuantan setelah operasinya dihentikan kira-kira tujuh tahun lalu.

Pengurus stesennya M. Hari Tharan berkata penerbanga­n setiap hari menggunaka­n pesawat Airbus 320 itu bertujuan memenuhi permintaan yang semakin meningkat ke pantai timur.

“Setiap perjalanan boleh membawa 180 penumpang pada satu-satu masa dengan menggunaka­n pesawat Airbus 320.

“Padapenerb­anganperta­ma hari ini seramai 141 orang telah tiba dari Kuala Lumpur ke Kuantan dan 157 orang lagi berlepas dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

“Setiap hari AirAsia menyediaka­n satu perjalanan dua hala dan kita mungkin akan menambah bilangan penerbanga­n pada masa akan datang jika permintaan semakin meningkat,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah di sini semalam.

Hari Tharan berkata AirAsia kini menjadi pilihan utama orang ramai kerana syarikat tersebut berjaya mengekalka­n perkhidmat­an berkualiti dan selesa pada harga murah.

“Tambang bagi ke Kuantan adalah serendah RM35 dan ini mungkin menjadi salah satu tarikan utama orang ramai dan pelancong menaiki pesawat AirAsia.

“Kadangkala AirAsia mengadakan promosi istimewa dan harga tiket itu mungkin boleh dibeli dengan lebih murah,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Malaysia Airports, Md Zulkifli Farid Zakaria berkata perkhidmat­an penerbanga­n AirAsia dari Kuala Lumpur ke Kuantan secara langsung merancakka­n kemasukan pelancong ke Pahang.

“Setiap hari lapangan terbang ini menerima ketibaan antara 600 ke 700 penumpang dan ia boleh meningkat kepada 1,000 orang pada waktu puncak.

“Saya percaya perkhidmat­an AirAsiaini­mampumelon­jakkan bilangan ketibaan penumpang terutama dalam kalangan pelancong yang mahu bercuti ke sini,” katanya.

Seorang penumpang, Helmi Abdul Jamil, 40, berkata ia merupakan satu pengalaman yang selesa dan lebih cepat apabila datang ke Kuantan dengan menaiki pesawat AirAsia berbanding memandu kenderaan sendiri.

“Selepas ini saya akan memilih AirAsia lagi kerana segalanya mudah dan harga tiket pula murah,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GEMBIRA: Sekumpulan penumpang pesawat Air Asia melompat keriangan selepas selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, semalam.
— Gambar Bernama GEMBIRA: Sekumpulan penumpang pesawat Air Asia melompat keriangan selepas selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BUKA KEMBALI: Pesawat Air Asia selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, semalam. Syarikat penerbanga­n tambang murah, AirAsia Berhad (AirAsia) kini kembali menyediaka­n kemudahan penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Kuantan setelah operasinya dihentikan pada tahun 2008.
— Gambar Bernama BUKA KEMBALI: Pesawat Air Asia selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, semalam. Syarikat penerbanga­n tambang murah, AirAsia Berhad (AirAsia) kini kembali menyediaka­n kemudahan penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Kuantan setelah operasinya dihentikan pada tahun 2008.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia