Utusan Borneo (Sarawak)

Rolls-Royce perkenal Black Badge di pasaran Malaysia

-

ISKANDAR PUTERI: Pengeluar eksklusif kereta mewah Rolls-Royce, iaitu Rolls-Royce Motors Cars Limited melancarka­n model terbaru, Black Badge di pasaran Malaysia hari ini dengan harga permulaan RM2.3 juta seunit.

Model terbaharu itu dikeluarka­n dalam dua versi iaitu Wraith Black Badge dan Ghost Black Badge.

Majlis pelancaran disempurna­kan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim di Pavillion, Puteri Harbour di sini, dengan diiringi Pengarah Rolls Royce Cars Kuala Lumpur, Anas Zawawi Khalid dan Pengurus Jualan Serantau Asia Pasifik Rolls-Royce Motor Cars, David Kim.

Bercakap pada majlis pelancaran, Anas Zawawi berkata, pengenalan Black Badge adalah sebagai respons kepada keperluan gaya hidup yang berbeza generasi muda negara.

Beliau juga berkata, kereta tersebut berbeza daripada model standard dengan gaya yang lebih berani, penggunaan bahan kontempora­ri seperti serat karbon, dan peningkata­n kejurutera­an yang memberikan prestasi tambahan.

“Kami telah melihat perubahan besar sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, termasuk demografi pelanggan. Ini bermakna terdapat peningkata­n asas pelanggan daripada orang yang ber- jaya yang lebih muda dan dinamik di Malaysia dan dengan itu kami yakin akan tindak balas positif terhadap Badge Hitam,” katanya.

Dikuasakan oleh enjin 6.6 liter V12, Wraith Black Badge memecut daripada 0 hingga 100 km sejam dalam 4.5 saat, manakala Ghost Black Badge mencapai 0 hingga 100 km sejam dalam 4.8 saat, dengan enjin dilengkapk­an transmisi lapan kelajuan yang dipertingk­at. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia