Utusan Borneo (Sarawak)

Minta maaf kepada Tuhan sebab fitnah WARISAN: Darell

-

KOTAKINABA­LU: Timbalan Presiden WARISAN, Datuk Darell Leiking menasihatk­an pihak yang menuduh partinya didominasi kaum tertentu serta mengaitkan­nya dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) agar memohon maaf kepada Tuhan kerana mereka telah berbohong dengan rakyat dan memfitnah parti WARISAN.

“Parti WARISAN kini diserang disebabkan parti ini kian kuat. Sesetengah parti di Sabah (menyerang WARISAN) kerana mereka bimbang dengan sikap atau pemikiran orang Sabah sudah melangkaui sifat perkauman. Orang Sabah tahu, semakin anda bersifat perkauman, semakin anda tidak akan ke mana-mana,” katanya kepada pemberita selepas menerima kemasukan 40 bekas anggota PBS Tanjung Aru dan Kota Kinabalu di sini semalam.

Darell, yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, berkata parti tertentu sengaja menanamkan persepsi negatif terhadap WARISAN apabila mengaitkan parti itu dengan kaum tertentu dan PATI kerana bimbang parti mereka tidak lagi relevan sekali gus memaksa parti dan pem- impin parti-parti berkenaan bersara dari politik.

Justeru, katanya, rakyat tidak seharusnya mempercaya­i atau terpengaru­h dengan dakyah dan difitnah partiparti pembangkan­g berkenaan kerana pemimpin parti berkenaan sebahagian­nya Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen senang-lenang menikmati pencen, gaji dan elaun sedangkan rakyat tidak dapat apa-apa.

Mengenai kenyataann­ya sebelum ini bahawa beliau akan meletak semua jawatannya jika terbukti parti WARISAN memberi kad pengenalan atau kewarganeg­araan kepada PATI, Darell menegaskan parti membuat tuduhan perlu tampil membawa bukti.

Katanya, parti WARISAN menentang sebarang usaha memberi kad pengenalan kepada PATI dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal amat konsisten dengan perkara ini (tidak memberi kad pengenalan kepada PATI) dan pemimpin- pemimpin WARISAN juga sudah bersetuju untuk menghentik­an kemasukkan PATI ke Sabah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia