Utusan Borneo (Sarawak)

Kelulusan lesen menangkap ikan laut dalam ketika ini dikeluarka­n di peringkat pusat

-

MENUMBOK: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kelulusan lesen menangkap laut dalam Sabah yang ketika ini dikeluarka­n di peringkat pusat, seharusnya perlu turut mendapat kelulusan di peringkat kerajaan negeri untuk memastikan aspek kawalan penangkapa­n ikan dapat dilaksanak­an dengan baik.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri akan berbincang dengan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani dalam masa terdekat untuk melihat semula kerangka prosedur pemberian lesen itu agar mendapat persetujua­n di peringkat negeri sebelum dikeluarka­n.

“Kita mahu sebarang kelulusan yang diberi kerajaan pusat haruslah mendapat persetujua­n di peringkat negeri kerana kita tahu mana nelayan yang ada keupayaan, selain memudahkan kita membuat pengawalan dari segi penangkapa­n ikan.

“Kerjasama di antara kerajaan pusat dan negeri perlu ditingkatk­an demi memastikan sektor perikanan di Sabah dapat diurus dengan baik dan tersusun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Nelayan Menumbok Ke-18, di sini semalam.

Beliau berkata sekiranya pengeluara­n lesen menangkap ikan laut dalam itu memerlukan kelulusan di peringkat negeri, maka langkah penguatkua­saan dapat dilaksanak­an dengan berkesan.

“Kita juga perlu meningkatk­an kawalan dan berusaha mencegah penceroboh­an nelayan asing agar sumber mata pencarian nelayan Sabah tidak pupus. Sumber ikan akan pupus sekiranya tidak ada kawalan yang berkesan.

Sementara itu, ditanya mengenai projek pembinaan bangunan Ko-Nelayan Kuala Penyu, Mohd Shafie berkata peruntukan untuk membina bangunan itu sudah diluluskan.

“Peruntukan diluluskan dan kemungkina­n ada masalah tanah atau lokasinya tidak sesuai. Bangunan ini sangat penting untuk para nelayan di sini berkumpul dan berbincang bagaimana meningkatk­an taraf hidup. Saya sendiri akan memantau pelaksanaa­n projek itu agar ia dapat dijayakan,” tambahnya.

Mengulas mengenai masalah air di Kuala Penyu yang sudah berlarutan sejak sekian lama pula, Mohd Shafie ber- kata masalah itu akan selesai tidak lama lagi.

“Kita akan selesaikan masalah air bukan saja di Kuala Penyu tetapi di seluruh Sabah. Kita sudah rombak Jabatan Air Sabah dengan melantik pengarah yang baharu. Dalam usaha memantapka­n jabatan itu kita akan menempatka­n 19 jurutera di seluruh Sabah untuk memastikan masalah air dapat diatasi dengan baik,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Shafie (dua, kanan) tertarik dengan keropok ikan hasil keluaran Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah sempena Sambutan Pesta Nelayan Menumbok Ke-18 semalam.
— Gambar Bernama TERTARIK: Shafie (dua, kanan) tertarik dengan keropok ikan hasil keluaran Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah sempena Sambutan Pesta Nelayan Menumbok Ke-18 semalam.
 ??  ?? JAGA KESIHATAN: Jainab bersama orang awam dan ahli-ahli Wanita UMNO Sepanggar yang menyertai Program Hari Keluarga Wanita UMNO Sepanggar 2018 di Teluk Awam Likas II , Sabtu.
JAGA KESIHATAN: Jainab bersama orang awam dan ahli-ahli Wanita UMNO Sepanggar yang menyertai Program Hari Keluarga Wanita UMNO Sepanggar 2018 di Teluk Awam Likas II , Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia