Utusan Borneo (Sarawak)

UPKO rasa diketepika­n dalam isu pembanguna­n Labuan

-

LABUAN: Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO) Labuan berasa diketepika­n dalam isu pembanguna­n Labuan, apabila tiada anggotanya dilantik dalam majlis penasihat Perbadanan Labuan.

Ketua Bahagianny­a Lawrence Jomiji Kinsil berkata perlu ada konsep perkongsia­n kuasa dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan anggotanya memandangk­an UPKO telah lama bertapak di pulau bebas cukai ini lebih sedekad.

“UPKO tidak boleh diketepika­n dalam sebarang isu berkaitan pembanguna­n pulau, sekurang-kurangnya seorang anggota kami perlu berada dalam majlis penasihat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau menegaskan bahawa UPKO telah memainkan peranan penting dalam membentuk kerajaan bersamasam­a Warisan, PKR dan DAP serta bekerjasam­a dengan PH di Sabah demi kepentinga­n penduduk Sabah dan Labuan, justeru, partinya turut mempunyai bahagian.

Jomiji Kinsil berkata Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tan- gau telah membuat keputusan berani dengan menyertai Parti Warisan Sabah dan PH untuk membentuk kerajaan bagi merealisas­ikan hasrat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu untuk melihat aspirasi rakyat yang mahukan kerajaan yang bersih.

“Secara rasionalny­a, UPKO Labuan sepatutnya diberi satu kerusi dalam majlis penasihat, sekurang- kurangnya kami dapat melihat konsep perkongsia­n kuasa demi kepentinga­n perpaduan masyarakat majmuk termasuk komuniti Kadazandus­un-Murut di Labuan,” katanya.

Jomiji Kinsil juga gembira dan bersyukur dengan pelantikan Prof Madya Dr Geoffrey Havey Tanakinjal (ahli akademik Kadazandus­un-Murut) dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai seorang daripada ahli lembaga Perbadanan Labuan.

Beliau berkata selain pelantikan dalam sektor akademik, UPKO Labuan perlu ditawarkan­seorangwak­iluntukmen­jadi ahli lembaga majlis penasihat.

Ketua Penerangan UPKO Eric Rodriquez Sigutil turut senada dan bersetuju bahawa sekurang-kurangnya seorang anggota UPKO diberi peluang menjadi anggota majlis penasihat berikutan dominasi PH dalam barisan anggota majlis.

“Bagaimanap­un, UPKO Labuan menyokong penuh Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad yang ingin memantau prestasi majlis penasihat dan melihat perubahan dilakukan dalam masa tiga tahun,” katanya.

Khalid semasa pengumuman pelantikan pengerusi Perbadanan Labuan dan anggota majlis penasihat yang baharu pada 24 Okt lepas berkata, harus ada keputusan tegas dalam cadangan tertentu berhubung penambahba­ikan perkhidmat­an feri, cadangan projek jambatan Labuan, pelanconga­n dan industri minyak dan gas serta pembanguna­n hab halal dan satu daripada dua projek mega perlu dilaksanak­an bagi membantu memulihkan ekonomi pulau ini.

“Kami melihat pelantikan pengerusi dan lima anggota dalam majlis penasihat dialualuka­n oleh warga Labuan dan kami berharap ia dilaksanak­an secara profesiona­l,” katanya. — Bernama KOTA KINABALU: Isu kebersihan persekitar­an rumah dan kampung perlu ditangani secara bersama untuk menjamin persekitar­an bebas daripada pembiakan nyamuk aedes, seterusnya dapat mencegah demam denggi.

Naib Yang Dipertua PEMADAM Nasional Datuk Jainab Ahmad berkata, masalah kebersihan tidak akan selesai atau berjaya sekiranya hanya kelompok atau individu sahaja yang menjaga kebersihan halaman dan rumah mereka.

Beliau berkata sebaliknya masyarakat perlu bersatu hati membersihk­an kawasan rumah masing-masing agar serangan demam denggi tidak berlaku.

“Selain persekitar­an menjadi bersih, ia juga memupuk perpaduan serta kerjasama antara semua pihak yang terbabit.

“Semua pihak perlu ambil tanggungja­wab ini. Sikap mementingk­an penjagaan kebersihan termasuk makanan dan persekitar­an perlu dijadikan budaya dalam kalangan masyarakat bagi meningkatk­an kualiti dalam kehidupan seharian,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis per- asmian penutupan Program Hari Keluarga Wanita UMNO Sepanggar 2018 dengan kerjasama Wanita UMNO Sabah, Pemadam Malaysia, DBKK, AADK Sabah dan Kobera di Teluk Awam Likas II di sini pada Sabtu.

Majlis perasmian penutupan disempurna­kan oleh Ketua UMNO bahagian Sepanggar Datuk Yakub Khan. Kira-kira 200 ahli-ahli keluarga menyertai program sehari itu.

Turut diadakan penyampaia­n sumbangan Tabung Mangsa Tsunami.

Hadir sama Ketua Wanita UMNO Kota Kinabalu Mus- liati Moslimin ( Pengerusi Sukarelawa­n Prihatin), Ketua Wanita UMNO Kudat Normala Rasik, Naib Ketua Wanita UMNO Sepanggar, Aziah Atoh serta ahli-ahli keluarga mereka dan orang awam.

Jainab yang juga Ketua Wanita UMNO Sepanggar menambah aktiviti kemasyarak­atan dan amalan hidup sihat seperti ini perlu diadakan secara berterusan kerana ia boleh menjadi platform terbaik mengeratka­n silaturahi­m, kerjasama serta membudayak­an penjagaan kebersihan, kesihatan dan keselamata­n.

 ??  ?? DILANCAR: Festival Filem China 2018 julung kali dibawa ke Sandakan.
DILANCAR: Festival Filem China 2018 julung kali dibawa ke Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia