Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga suspek kes curi di kawasan perairan Kota Kinabalu berjaya ditangkap

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan dan dua orang lelaki asing berumur 20 sehingga 21 tahun telah berjaya ditangkap oleh Unit Risikan Marin Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu.

Pemangku Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Superinten­dan Abd Nasir Othman berkata, kesemua suspek ditangkap kerana terlibat dengan kegiatan mencuri enjin dan bot sekitar kawasan perairan Kota Kinabalu pada pagi Sabtu.

“Hasil serbuan yang dilakukan telah berjaya menangkap kedua-dua suspek di Tembok Pasar Filipina yang diketuai oleh Insp. Napiah, Penyelia URM PPM Kota Kinabalu.

“Ops Landai yang dijalankan kira- kira jam 10 pagi sehingga 4 petang telah berjaya menemukan sebuah motosikal dan enjin jenama Yamaha 15hp yang dilaporkan telah dicuri dan beberapa lagi barang kes terdiri daripada seunit enjin pam dan sebuah bot pam juga turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, kesemua barangan rampasan yang di- anggarkan bernilai RM14,300 telah dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 (A)(1) Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri barang.

Abd Nasir mengucapka­n syabas dan tahniah kepada Pasukan Unit Risikan Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu.

“Teruskan usaha Aggressive Policing agar jenayah dapat dicegah dengan berkesan. Terima kasih juga kepada orang ramai dalam menyalurka­n maklumat,” katanya.

 ??  ?? DICURI: Anggota polis menunjukka­n barangan yang berjaya dirampas.
DICURI: Anggota polis menunjukka­n barangan yang berjaya dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia