MBM terima peruntukan untuk naik taraf tamu dan fasiliti
MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) menerima peruntukan daripada Kerajaan Sarawak bagi melaksanakan kerja menaik taraf dan meningkatkan kualiti tamu di sekitar Miri.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Tamu, Peniaga dan PenjajaMBMKaunselorKuehChie Tong berkata, tiga tamu iaitu Central Market, Unity Market dan Tamu Lutong masingmasing menerima peruntukan berjumlah RM100,000.
Selain itu sebagai tambahan, RM200,000 lagi diperuntukkan untuk menaik taraf bumbung Tamu Lutong.
“Selain itu, Kementerian Kerajaan Tempatan memperuntukkan RM700,000 untuk menaik taraf fasiliti di Luak Esplanade.
“Selain itu kerajaan turut memperuntukkan RM600,000 untuk membina tamu di hadapan rumah kedai di Luak Bay,” katanya semasa membentangkan agenda tamu semasa mesy- uarat MBM semalam.
Mengulas pemindahan pasar ikan, Keuh berkata pemaju sudah mengenal pasti lokasi yang sesuai di belakang Hotel Pullman.
Katanya setakat ini pemaju sudah menghantar permohonan bagi mendapatkan sebidang tanah kepada Jabatan Tanah dan Servei untuk kelulusan.
“Apabila diluluskan, pemaju akan memulakan projek pembinaan yang dijangka mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan,” katanya.
Kueh menambah, MBM akan memberi kerjasama penuh bagi memastikan pemaju dapat mempercepat pemindahan pasar ikan di kawasan bandar ke kawasan baharu di belakang Hotel Pullman.
Dalam perkembangan lain, Pengerusi Tetap Local Agenda 21 (LA21) dan Pembangunan Komuniti Kaunselor Aries Leong mencadangkan Kempen Katakan Tidak Pada Plastik pada setiap Ahad dilaksanakan pada Sabtu.
“Setakat ini hanya sehari larangan menggunakan plastik iaitu pada hari Ahad.
“Kita mahu kempen ini dilaksanakan pada hari Sabtu juga,” katanya.
Katanya, kempen ini penting dalam usaha melindungi alam sekitar.
Sementara itu Datuk Bandar AdamYiimenyokongsepenuhnya kempen tersebut dan mencadangkan kempen berkenaan dilaksanakan berkuatkuasa Januari 2019.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada LA21 atas kemenangan tempat kedua semasa program INNOwaste sempena Minggu Inovasi Peringkat Negeri di Lawas baru-baru ini.
Dengan kemenangan itu, MBM menerima hadiah wang tunai RM700.
Hadir sama Setiausaha MBM Morshidi Fredrick.