Utusan Borneo (Sarawak)

Halangan salah, 11 lelaki dibenarkan ikat jamin

Mahkamah turut memerintah­kan kesemua tertuduh melaporkan diri di Balai Polis Mukah setiap bulan

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarka­n 11 lelaki bebas dengan ikat jamin masingmasi­ng RM500 dengan dua penjamin atas pertuduhan melakukan halangan salah terhadap seorang pekerja kuari.

Pesuruhjay­a kehakiman Lim Hock Leng membenarka­n kesemua bebas dengan ikat jamin selepas mendengar permohonan pihak pembelaan Simon Siah dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zulfadhli Tuah.

Mahkamah turut memerintah­kan kesemua tertuduh melaporkan diri di Balai Polis Mukah setiap bulan.

Tertuduh yang berusia antara 25 hingga 61 tahun didakwa mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Seksyen 341 ini memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga sebulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua- duanya sekali jika sabit dengan kesalahan.

Terdahulu kesemua tertuduh dihadapkan di Mahkamah Sesyen Mukah kelmarin dan mengaku tidak bersalah.

Mahkamah kemudian membenarka­n mereka bebas dengan ikat jamin RM4,000 berserta dua penjamin.

Siah dalam pada itu mempertika­i ikat jamin yang dikenakan memandangk­an hukuman denda maksimum yang boleh dikenakan hanya RM1,000.

Beliau turut memberitah­u kesemua tertuduh adalah petani dan penduduk kampung yang bergaji hari.

Sehubungan itu, beliau mahu mahkamah menyemak semula ikat jamin dan mengenakan ikat jamin RM500 bagi setiap tertuduh.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kuari di Balingian pada 8 Oktober 2018, kira-kira jam 9.40 pagi.

Kesemua mereka ditahan pada 26 Oktober lepas.

 ??  ?? OPERASI: Anggota bomba cuba memadamkan api yang memusnahka­n rumah kosong tersebut.
OPERASI: Anggota bomba cuba memadamkan api yang memusnahka­n rumah kosong tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia