Utusan Borneo (Sarawak)

Jurujual dicekup kerana disyaki edar dadah

-

KUCHING: Seorang jurujual berhadapan hukuman gantung sampai mati sekiranya sabit kesalahan kerana disyaki terlibat aktiviti pengedaran dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ( JSJN) Sarawak Superinten­den Sahar Abd Latif berkata, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di rumahnya di Jalan Lapangan Terbang di sini susulan penemuan 303.64 gram dadah campuran serbuk ekstasi dengan jus buah- buahan.

Menurutnya, dadah tersebut ditemui anggota JSJN Sarawak yang melakukan serbuan hasil maklumat serta risikan pada jam 11.30 pagi kelmarin.

“Suspek berada di rumah tersebut semasa serbuan dilakukan dan dengan dipandu arah olehnya, pasukan serbuan telah menjumpai satu kotak di bahagian belakang rumah.

“Pemeriksaa­n lanjut ke dalam kotak tersebut menjumpai satu peket yang mengandung­i 12 peket kecil berisi campuran serbuk ekstasi dan jus buah- buahan yang kita anggarkan bernilai kirakira RM5,400,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Suspek kemudian ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya ( ADB) 1952.

“Siasatan awal juga mendapati suspek menjual ( dadah) bermula Ogos di pusat- pusat hiburan sekitar Kuching.

“Manakala hasil ujian saringan awal air kencing didapati positif dadah jenis Methamphet­amine,” jelas Sahar.

Turut dirampas ialah sebuah kereta milik suspek yang dianggarka­n bernilai RM12,000.

“Semakan juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,” kata Sahar.

 ??  ?? RAMPAS: Dadah yang dirampas daripada suspek.
RAMPAS: Dadah yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia