Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan wanita beri perkhidmat­an kesihatan diberi watikah penghargaa­n

-

KUCHING: Kumpulanwa­nita yang memberi perkhidmat­an dalam bidang kesihatan akan diberi watikah penghargaa­n pada sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sarawak tahun ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah mendedahka­n perkara itu pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat daripada Sarawak Breast Cancer Support Group (SBCSG) dan Pink and Teal EmpowHer (Persatuan Kesedaran Kanser Wanita) di pejabat kementeria­nnya di sini, semalam.

Menurut Fatimah, kementeria­nnya telah berjaya mengesan sekumpulan bidan terawal yang memberi perkhidmat­an perbidanan kepada wanita di luar bandar di kawasan Baram pada tahun 1950-an.

“Beberapa wanita ini kita dapat jejaki. Mengikut rekod daripada kementeria­n yang kita perolehi, wanita-wanita ini tiada latar belakang formal dalam bidang kesihatan.

“Bagaimanap­un, pemimpin pada masa itu mendapati kumpulan wanita ini mem- punyai kebolehan untuk menjalanka­n tugas berkenaan.

“Susulan daripada sumbangan wanita itu dalam bidang kesihatan di negeri ini, maka kita akan memberikan watikah penghargaa­n kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata, pengiktira­fan itu bukan hanya tertumpu kepada wanita terdahulu tetapi juga wanita yang memberi sumbangan khidmat kesihatan pada hari ini.

“Sukarelawa­n, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu persendiri­an juga merupakan kumpulan wanita yang akan diberi pengikti- ran serupa,” katanya sambil memberitah­u, pengiktira­fan yang diberikan itu adalah bertepatan dengan tema Hari Wanita tahun ini iaitu ‘Wanita dan Kesihatan’.

Meskipun demikian, kata Fatimah, senarai penerima watikah penghargaa­n itu akan diumumkan semasa sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di Pusat Konvensyen Penview (PCC) di sini.

Dalam pada itu, Fatimah turut mengalu-alukan usaha yang dilakukan SBCSG dan Pink and Teal EmpowHer untuk membantu memberi kesedaran tentang kanser payudara dan kanser serviks dalam kalangan wanita.

“Kita harus memperkasa­kan kumpulan sukarelawa­n di negeri ini tentang pentingnya rawatan dan pemeriksaa­n awal untuk kedua-dua kanser ini.

“Insya- Allah dengan melakukan langkah ini, dari segi statistikn­ya dapat kita kurangkan dan pada masa sama, nyawa wanita juga dapat diselamatk­an,” katanya.

Hadir sama, Presiden SBCSG Datin Juriah Sulehan dan Pengerusi Pengasas Pink and Teal EmpowHer, Dr Abigail Jerip.

 ??  ?? KUNJUNGAN: Fatimah merakam kenangan bersama SBCSG dan Pink and Teal EmpowHer di Kuching selepas menerima kunjungan hormat daripada kedua-dua persatuan itu di Kuching, semalam. Turut kelihatan Dr Abigail (enam kiri) dan Juriah (lima kanan).
KUNJUNGAN: Fatimah merakam kenangan bersama SBCSG dan Pink and Teal EmpowHer di Kuching selepas menerima kunjungan hormat daripada kedua-dua persatuan itu di Kuching, semalam. Turut kelihatan Dr Abigail (enam kiri) dan Juriah (lima kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia