Utusan Borneo (Sarawak)

PUSAKA bertanggun­gjawab ubah landskap Tanjung Manis

-

SIBU: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) bertanggun­gjawab dalam mengubah landskap Tanjung Manis daripada sebuah kawasan hutan bakau menjadi sebuah pekan yang lengkap dengan pelbagai prasarana dan kemudahan asas.

Ahli Lembaga Pengurusan PUSAKA Datu Len Talif Salleh berkata, Tanjung Manis yang kini dikenali sebagai Tanjung Manis Growth Area (TMEGA) juga telah dinaik taraf sebagai sebuah daerah pada 1 Ogos 2015.

Dengan lokasi strategik dan pelabuhan laut dalam semula jadi, Tanjung Manis juga diaspirasi untuk menjadi sebuah Bandar Raya Pelabuhan Perindustr­ian menjelang 2030, katanya.

“Nilai pelaburan terkumpul di Tanjung Manis hampir mencecah RM2 bilion daripada Kerajaan Sarawak manakala pelaburan daripada pihak swasta dijangka bertambah dengan bermulanya industri perkapalan, POIC dan industri hab halal yang dianggarka­n tidak kurang daripada RM2 bilion,” ujarnya ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malan Ulang Tahun Ke-45 PUSAKA Peringkat Wilayah Tengah.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar itu berkata, kerajaan negeri telah membelanja­kan RM1 bilion bagi membina kemudahan air di Tanjung Manis untuk kegunaan industri dan penduduk.

Selain itu katanya, PUSAKA juga telah berusaha menaik taraf Lapangan Terbang Tanjung Manis supaya pesawat yang lebih besar seperti ATR dapat mendarat bagi menampung lebih ramai penumpang ke Tanjung Manis.

“Kesan langsung pembanguna­n yang sedang dilaksanak­an dan sedang dirancang ini akan meningkatk­an taraf hidup penduduk tempatan dengan menyediaka­n peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan.

“Dijangka pendapatan purata penduduk tempatan tidak kurang daripada RM1,000 sebulan,” jelas beliau.

Len Talif berkata, pembinaan rangkaian jalan raya yang menghubung­kan Sibu dan Tanjung Manis serta kawasan-kawsan sekitarnya turut memberi peluang perniagaan kepada penduduk kawasan sekitarnya untuk memasarkan hasil pertanian dan perikanan mereka.

Kawasan Tanjung Manis katanya, juga berpotensi dibangunka­n sebagai pusat pelanconga­n berdasarka­n kepada beberapa kelebihan yang terdapat di kawasan ini seperti pantai yang indah.

“Seterusnya Tanjung Manis akan melalui perubahan landskap pembanguna­nnya dengan terbinanya Bangunan Pentadbira­n Tanjung Manis setinggi 16 tingkat bagi menempatka­n pusat pentadbira­n bersepadu di Tanjung Manis.

“Bangunan pentadbira­n ini akan menempatka­n semua jabatan dan agensi kerajaan serta pihak pelabur.

“Secara tidak langsung, ia memudahkan penduduk kampung di sekitar Tanjung Manis berurusan di satu tempat sahaja,” tegasnya.

Sebagai kawasan T-Mega dengan lokasi dan kedudukan yang strategik di Malaysia dan ASEAN, Len Talif menambah, Kerajaan Sarawak telah menjadikan Tanjung Manis sebagai hab ekonomi baharu di wilayah tengah dengan mempelbaga­i pembanguna­n industri sedia ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia