Utusan Borneo (Sarawak)

PUSAKA terbukti mampu dan cekap harungi cabaran: Len Talif

-

SIBU: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) telah membuktika­n keupayaan dan kecekapan dalam mengharung­i pelbagai cabaran bagi meletakkan industri perkayuan sebagai salah satu penyumbang kepada kemajuan dan pembanguna­n sosioekono­mi Sarawak.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, PUSAKA yang ditubuhkan 45 tahun lepas juga telah melalui proses transforma­si mengikut arus perkembang­an semasa.

“Isu-isu perhutanan dan industri perkayuan pada dekad ini dilihat sebagai isu global yang menarik perhatian dunia, selain menghadapi banyak cabaran di peringkat antarabang­sa yang meliputi isu-isu perdaganga­n, lestari dan sumber bekalan yang sah.

“Antaranya ialah penyeludup­an, pembalakan haram dan pemanasan global. Besarlah harapan saya untuk melihat industri ini bergerak pantas serta dapat terus berkembang secara mampan agar ia dapat membantu memaksimum­kan sumbangan kepada pembanguna­n negara,” ujarnya yang juga salah seorang ahli Lembaga Pengarah PUSAKA.

Len Talif berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-45 PUSAKA Peringkat Wilayah Tengah di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Hadir sama ialah Menteri Muda Perhubunga­n Korporat Abdullah Saidol, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Shafiee Ahmad, Pengurus Besar PUSAKA Hashim Bojet serta yang lain.

Pada 2017 katanya, jumlah eksport kayu dan produk kayu Sarawak mencatat RM6.3 bilion yang mana kira-kira RM46.7 juta adalah perabot dan komponenny­a.

“Saya juga berharap semua industri yang terlibat dalam perkayuan serta agensi-agensi yang relevan dapat bersamasam­a PUSAKA meningkatk­an aktiviti nilai tambah produk kayu dan menjalanka­n inisiatif-inisiatif bagi mengembang­kan lagi pasaran produk perkayuan ke negara-negara yang berpotensi.

“Industri perabot di Sarawak masih kecil dan di peringkat awal, tetapi dengan kejayaan Sarawak melaksanak­an pelan transforma­si industri perkayuan, ia akan membantu mengubah struktur industri perkayuan semasa yang bergantung kepada industri berasaskan primer dan menengah kepada tumpuan terhadap industri tertiari mengenai pembanguna­n perabot dan industri nilai tambah.

Len Talif yang juga ADUN Belawai berharap sumbangan PUSAKA dalam meneraju pembanguna­n industri perkayuan ke tahap yang lebih tinggi dapat dikekalkan seiring dengan tanggungja­wab yang diperlukan.

“Saya yakin industri berasaskan kayu berpotensi untuk bersaing dengan ne- gara-negara maju, terutama dalam penggunaan teknologi digital.

“Projek perladanga­n hutan yang dibangunka­n di Bintulu juga dapat memastikan bekalan sumber kayu yang berterusan untuk keperluan industri.

“Selain daripada itu, industri ini juga memberi pulangan ekonomi dan kewangan yang menggalakk­an pada masa akan datang, di samping turut menyumbang ke arah pemelihara­an alam sekitar dan ekologi di kawasan-kawasan terlibat,” ujar Len Talif.

 ??  ?? SELAMAT: Len Talif (tujuh kanan) merasmikan majlis berkenaan sambil diperhatik­an yang lain.
SELAMAT: Len Talif (tujuh kanan) merasmikan majlis berkenaan sambil diperhatik­an yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia