Utusan Borneo (Sarawak)

Ramai wanita tidak menyedari kanser serviks dapat dirawat

-

KUCHING: Ramai wanita tidak menyedari kanser serviks yang merupakan penyakit pembunuh kedua wanita dapat dirawat.

Pengerusi Pengasas Pink and Teal EmpowHer (Persatuan Kesedaran Kanser Wanita) Dr Abigail Jerip mengakui dengan melakukan pemeriksaa­n dan rawatan awal, penyakit itu dapat ‘dibunuh’ (dihapuskan) dan diubati.

Menurutnya, wanita yang berusia antara 45 hingga hingga 50 tahun mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi kanser serviks.

“Mengikut rekod, kadar kanser serviks di Malaysia adalah lima hingga enam peratus lebih tinggi berbanding negara maju seperti Hong Kong, Amerika Syarikat atau United Kingdom sebab di negara-negara tersebut, wanita banyak melakukan pemeriksaa­n kesihatan.

“Justeru, melihat kepada rekod tersebut, wanita di Malaysia dapat mengelak penyakit berkenaan jika mereka melakukan pemeriksaa­n dan rawatan awal,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah di kementeria­nnya di Bangunan Baitulmakm­ur di sini, semalam.

Dr Abigail berkata, sejak persatuan itu ditubuhkan Jun tahun ini, pihaknya telah melakukan pemeriksaa­n ke atas seramai 200 wanita di luar bandar di Sarawak.

“Hasil daripada pemeriksaa­n itu, 20 peratus daripadany­a kita dapati adalah positif penyakit kanser sevik,” katanya sambil memberitah­u, persatuan itu melakukan pemeriksaa­n servik secara percuma kepada wanita Sarawak.

“Kebiasaann­ya untuk mengesan penyakit serviks, kita perlu mengambil tempoh enam hingga lapan bulan, namun dengan adanya bantuan daripada UNIMAS O&G Department and MedicMind (NZ) kami mampu mengesan penyakit ini dalam tempoh yang singkat.

“Makaitu, kamimenyar­ankan agar wanita mendapatka­n pemeriksaa­n awal bagi mencegah penyakit ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden Sarawak Breast Cancer Support Group (SBCSG) Datin Juriah Sulehan yang turut melakukan kunjungan hormat terhadap Fatimah memaklumka­n bahawa pihaknya mahu memperheba­tkan lagi program kesedaran mengenai kanser payu dara.

Malah katanya, pihaknya juga merancang membuka cawangan persatuan di beberapa bandar utama di Sarawak bagi memastikan keberkesan­an program kesedaran dalam kalangan wanita. “Untuk makluman, wanita berusia antara 41 hingga 55 tahun merupakan kumpulan yang berisiko tinggi menghidapi penyakit kanser payudara.

“Daripada statistik yang diperoleh daripada pihak hospital, sebanyak 500 hingga 600 kes kanser payudara dicatatkan setahun,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia