Utusan Borneo (Sarawak)

MPS buka tawaran 10 gerai di Harmoni Uptown Market

-

SIBU: Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) kini membuka tawaran menyewa 10 gerai kosong di Harmoni Uptown Market untuk mereka yang berminat menjalanka­n perniagaan.

Pengerusin­ya Datuk Tiong Thai King berkata, kekosongan gerai melibatkan tujuh gerai untuk bukan Bumiputera dan tiga gerai untuk menjual produk kraf tangan.

“Mereka yang berminat boleh mendapatka­n borang permohonan di Pusat Trasformas­i Bandar (UTC) Sibu dengan bayaran hanya RM1.

“Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Seksyen Perkhidmat­an Kesihatan Awam MPS, Tingkat 20, Wisma Sanyan,” jelasnya.

Tiong berkata demikian ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Penuh Bulanan MPS di bilik mesyuarat MPS, Wisma Sanyan, semalam.

Ujarnya, MPS telah menyediaka­n 52 gerai di Harmoni Uptown Market di medan selera makan terkenal Taman Selera Harmoni di Jalan Awang Ramli Amit.

“Konsep Harmoni Uptown Market adalah sama dengan pasar malam dengan susun atur niaga yang lebih teratur dan peniaga dibenarkan berniaga tiga hari mulai Jumaat hingga Ahad, dari jam 5.30 petang hingga 10 malam.

“Para peniaga tidak dibenarkan menjalanka­n perniagaan memasak dan hanya boleh menjual makanan kering seperti kuih-muih dan biskut.

“Dan mereka dibenarkan menjual pakaian, peralatan elektrik, produk kraf tangan, peralatan rumah dan barangan teknologi maklumat (IT) yang diluluskan oleh pihak majlis,” katanya.

Menurut Tiong, tujuan mewujudkan Harmoni Uptown Market adalah untuk menceriaka­n lagi suasana kemeriahan di Taman Selera Harmoni.

“Ini untuk menarik lebih ramai pengunjung datang ke Taman Selera Harmoni, di mana selain menikmati pelbagai makanan di Taman Selera Harmoni, pengunjung juga boleh melawat ke Harmoni Uptown Market untuk membeli barangan di sana,” jelasnya.

Hadir sama pada mesyuarat ialah Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Jamain, kaunselor- kaunselor MPS dan kakitangan kanan MPS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia