Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha lonjak ekonomi dibantu komuniti usahawan negeri

-

BINTULU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menggarisk­an lima pendekatan untuk melonjak ekonomi dan pembanguna­n Sarawak dengan bantuan ahli perniagaan, usahawan dan komuniti seluruhnya di negeri Sarawak.

Katanya, pendekatan itu adalah pembaharua­n ekonomi daripada konvesiona­l kepada ekonomi digital, infrastruk­tur komunikasi, kebolehan dalam mengendali­kan teknologi, akses pasaran dan peranan sektor swasta.

“Perubahan ekonomi digital antaranya bukan sahaja berlaku ke atas China sebagai kuasa ekonomi dunia bahkan negara Estonia juga mengadapta­si teknologi digital yang perlu dicontohi Sarawak.

“Ia menuntut Sarawak mengguna pakai teknologi sama dalam pengeluara­n produk dan sebagainya supaya tidak terlalu bergantung kepada tenaga manusia dan pekerja asing lebih-lebih lagi Sarawak sebuah negeri besar dengan populasiny­a kecil,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sesi Dialog Perniagaan bertemakan ‘Menghubung Komuniti Perniagaan Bintulu dengan Visi Ketua Menteri’ anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Sarawak (SCCI) di Dewan Emerald Hotel Promenade Bintulu di sini, semalam.

Beliau berkata, Sarawak perlu menggunaka­n teknologi dalam pengeluara­n produk meskipun mempunyai populasi kecil namun negeri ini memerlukan produktivi­ti tinggi.

Justeru katanya, kita perlu berubah kepada penggunaan teknologi digital dan automasi, disebabkan itu kita menyasar pelaksanaa­n ekonomi digital menggantik­an konvension­al supaya tidak menghadapi masalah.

Ke arah itu katanya, infrastruk­tur untuk mencapai ekonomi tinggi perlu dipert- ingkatkan dan satu antaranya adalah tenaga.

“Apabila saya mengambil alih kepimpinan daripada Adenan (Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem) perkara pertama yang saya buat ialah meyakinkan Perdana Menteri pada masa itu untuk menyerahka­n Empangan Hidroelekt­rik Bakun, saya berunding dan beliau bersetuju dengan harga RM2.5 bilion.

“Saya terus bersetuju untuk mengambil alih Bakun yang kini akhirnya dimiliki Sarawak sepenuhnya.

“Ini adalah keputusan strategik,” katanya.

Beliau berkata, kini kita ada Bakun dan semua tenaga diurus Sarawak, di samping menjualnya kepada Indonesia dan sekarang ini kita ingin menambah satu turbin lagi di Bakun yang boleh menjana tenaga tambahan 300 megawatt (MW).

“Grid air Sarawak yang mana air mentah di empangan yang banyak di negeri ini akan menjadi sumber air terawat yang boleh digunakan oleh industri serta rakyat negeri ini,” jelasnya.

Hadir sama Menteri di Jebatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip, Menteri Utiliti merangkap ADUN Kemena Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap ADUN Kakus Datuk John Sikie Tayai dan ADUN Samalaju Majang Renggi.

Turut hadir Presiden SCCI Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg, Naib Presiden SCCI merangkap Pengerusi SCCI Wilayah Bintulu Temenggung Datuk Barry Yek, Timbalan Presiden SCCI Philip Ting, Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Rodziah Morshidi.

 ??  ?? PENGHARGAA­N; Abang Johari menerima cenderamat­a daripada Barry (kanan) sambil disaksikan Abang Karim (kiri) pada Sesi Dialog Perniagaan anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Sarawak di Bintulu, semalam.
PENGHARGAA­N; Abang Johari menerima cenderamat­a daripada Barry (kanan) sambil disaksikan Abang Karim (kiri) pada Sesi Dialog Perniagaan anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Sarawak di Bintulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia