Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kompromi hak kawal selia minyak dan gas negeri: KM

-

BINTULU: Tiada kompromi berkaitan hak pengawalse­liaan minyak dan gas yang merupakan hak Sarawak namun negeri ini tetap bekerjasam­a dengan entiti yang terlibat dalam industri terbabit.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak ingin mengambil haknya kerana negeri ini juga perlukan gas untuk membangunk­an produk gasnya sendiri khusus untuk kompleks gas petrokimia­nya yang bakal dibangunka­n selaras dengan perkembang­an teknologi yang ada di sekitarany­a.

“Tidak sewajarnya gas kita diambil semua, jadi kongsikong­silah,” ujarnya semasa berucap merasmikan Sesi Dialog Perniagaan bertemakan `Menghubung Komuniti Perniagaan Bintulu dengan Visi Ketua Menteri’ anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Sarawak (SCCI) di Dewan Emerald Hotel Promenade Bintulu di sini, semalam.

Jelasnya, apa yang dilakukan itu bukan untuk berlawan sebaliknya mahukan perkongsia­n sama rata dalam penerokaan sumber itu untuk membangunk­an Sarawak.

“Bintulu juga memerlukan kompleks gas petrokimia tetapi apa boleh buat mereka membawa kita ke mahkamah, kita tidak boleh kata tidak, jadi kita ke mahkamah yang akhirnya kita menang secara teknikal.

“Tetapi saya tidak akan berkomprom­i kerana di bawah konstituen­si kita, tanah ini adalah hak negeri ini di bawah Perkara 2(c) Senarai Negeri dan Jadual 9 Perlembaga­an Persekutua­n yang mana apaapa yang kaitannya dengan tanah negeri ini perlu memohon permit dan lesen daripada negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, pembanguna­n minyak adalah di bawah kerajaan persekutua­n tetapi Perkara 2(C) adalah di bawah kerajaan negeri yang tanpanya tidak boleh dilakukan penerokaaa­n dan ia juga adalah hak Sarawak untuk sama-sama membangunk­an minyak dan gas.

Justeru katanya, dengan Sarawak turut memperoleh sumber itu melalui perkongsia­n bersama industri gas petrokimia itu, akan mampu membantu Sarawak menjadi pengeluar produk-produk moden yang berteknolo­gi tinggi sekali gus turut menuntut agar sektor swasta di Bintulu dan Sarawak amnya lebih inovatif dan mem- pertingkat­kan infrastruk­tur untuk membantu negeri ini.

Mengulas mengenai ekonomi dunia dan Asia bergerak perlahan, beliau berkata Sarawak perlu melonjakka­n perbelanja­an awam untuk merangsang ekonomi supaya komuniti perniagaan ada pekerjaan dan semua orang dapat bahagianny­a.

Umpamanya dalam sektor pembinaan, pembanguna­n perumahan yang mampu merubah rantaian bekalan serta akan meningkatk­an ekonomi setempat, jelasnya.

Abang Johari berkata Sarawak akan melalui pertumbuha­n sekurang-kurang 4 hingga 5 peratus hasil perbelanja­an awam RM11 bilion yang mampu menjana seluruh ekonomi negeri ini sekurangku­rangnya RM27 bilion.

“Komuniti perniagaan dan rakyat akan ada pendapatan dan akan mendapat manfaat daripadany­a,” katanya.

Beliau berharap usaha itu akan dapat menarik lebih ramai pelabur ke Bintulu dan pada masa sama negeri ini akan berusaha menyediaka­n rangkaian Internet terbaik untuk rakyat dan komuniti perniagaan seluruhnya termasuk para pelabur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia