Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat pemindahan banjir di Sibu dikenal pasti JPBB Sibu mengenal pasti 53 pusat sebagai persediaan menghadapi kemungkina­n banjir, kata Charles

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu telah mengenal pasti 53 pusat pemindahan banjir sebagai langkah persediaan menghadapi sebarang kemungkina­n berlakunya banjir di bahagian Sibu.

Residen Sibu Charles Siaw berkata, jumlah tersebut merangkumi 27 pusat pemindahan untuk daerah Sibu, sembilan untuk daerah Selangau dan 17 untuk daerah Kanowit.

“JPBB turut menyenarai­kan rekod kawasan kerap mengalami banjir iaitu Sibu (179), Selangau (61) dan Kanowit (6).

“Dan senarai sekolah sering dilanda banjir di Sibu (9), Selangau (6) dan Kanowit (11),” jelasnya pada sidang media pelancaran Buku Direktori Bencana Bahagian Sibu 2018 di bilik mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Sibu, semalam.

Charles berkata, JPBB merangkumi tiga jawatankua­sa iaitu Jawatankua­sa Penguru- san Bencana Peringkat Daerah (JBPD) Sibu, Kanowit dan Selangau yang melibatkan 35 jabatan.

Ujarnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) melalui Pejabat Daerah bersama beberapa agensi berkaitan telah mengenal pasti dan memeriksa pusat pemindahan bagi tujuan pengemaski­nian maklumat.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan sentiasa melakukan pemantauan terhadap peningkata­n paras air sungai sama ada berada di paras berjaga, amaran atau bahaya.

“Di samping itu, JPS turut menyaranka­n orang awam melayari laman web dan aplikasi i-hydro untuk mendapatka­n maklumat berkaitan air pasang surut sebagai langkah berjaga-jaga untuk mereka yang tinggal di kawasan berisiko banjir,” katanya.

Menurutnya, beberapa agensi utama dalam JPBB Sibu telah mengadakan beberapa jenis latihan simulasi yang bertujuan mewujudkan koordinasi dan kerjasama antara agensi penyelamat.

Tambah Charles, pihak sekolah telah mengaktifk­an Jawatankua­sa Pengurusan Bencana di peringkat sekolah terutama bagi sekolah yang kerap dinaiki air bagi memudahkan penyampaia­n laporan bencana di peringkat daerah dan bahagian,” katanya.

Bagi kawasan pedalaman kata Charles, Pejabat Daerah telah mengarahka­n penghulu dan tuai rumah berhubung terus dengan Bilik Gerakan Bencana Peringkat Daerah sekiranya berlaku bencana.

“Secara keseluruha­nnya, kesemua ahli JPBB Sibu telah bersiap sedia dari segi kekuatan personel dan logistik yang boleh dikerahkan untuk menghadapi apa jua jenis bencana di bahagian Sibu,” ujarnya.

Mengulas mengenai Buku Direktori Bencana Bahagian Sibu 2018, Charles berkata, buku tersebut merupakan salah satu buku untuk meny- impan segala maklumat mengenai maklumat tentang bencana setiap tahun.

“Enam perkara di dalam buku direktori ini iaitu senarai pegawai dihubungi terdiri daripada Bilik Gerakan Operasi Bahagian Sibu, Bilik Operasi Negeri, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKON) Negeri Sarawak.

“Turut disenaraik­an direktori Pejabat Residen Bahagian Sibu, direktori Pejabat Daerah Sibu, direktori Pejabat Daerah Selangau dan direktori Pejabat Daerah Kanowit,” jelasnya.

 ??  ?? KAMI BERSEDIA: Charles (duduk, tengah) bersama wakil agensi JPBB Sibu menunjukka­n Buku Direktori Bencana Bahagian Sibu 2018.
KAMI BERSEDIA: Charles (duduk, tengah) bersama wakil agensi JPBB Sibu menunjukka­n Buku Direktori Bencana Bahagian Sibu 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia