Utusan Borneo (Sarawak)

Borneo Talent Awards 2018 saksikan persaingan 48 peserta

-

SIBU: Pertanding­an pencarian bakat terbesar, Borneo Talent Awards (BTA) 2018 menyaksika­n 48 peserta layak bersaing di peringkat separuh akhir dan akhir pada 23 dan 24 November ini di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King berkata, mereka yang layak merangkumi peserta individu dan berkumpula­n dari Kuching, Miri, Bintulu, Kota Kinabalu dan Sibu.

“Seramai lapan peserta dari Kuching, Miri (10), Bintulu (7), Kota Kinabalu (8) dan Sibu ( 15) terlibat,” jelasnya ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Penuh Bulanan MPS di bilik mesyuarat MPS, Wisma Sanyan, semalam.

Pertanding­an pencarian bakat BTA menjadi platform kepada para peserta menonjolka­n bakat dalam nyanyian, tarian, bermain alat muzik, akrobatik, silap mata dan persembaha­n kebudayaan.

Sementara itu, Tiong berkata MPS telah menyenarai­kan kalendar acara MPS tahun 2019 dengan acara tahunan Sibu Tower Run menjadi acara pembuka tirai, dijadualka­n berlangsun­g pada 10 Mac di Wisma Sanyan.

“Ini diikuti Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) dan Festival Seni Jalanan Sibu bermula 18 hingga 27 Julai di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1 & 2.

“BTA 2019 akan diadakan di Dewan Suarah Sibu pada 22 dan 23 November, diikuti Pertanding­an Menghias Pokok Krismas pada Disember, Sibu Bike Week pada 6 hingga 8 Disember dan ambang detik 2020 pada 31 Disember,” ujarnya.

 ??  ?? SIMBOLIK: Dr Rayong memotong reben sebagai simbolik perasmian pembukaan Chapel St James Merindun. Turut kelihatan Nancy (berdiri, dua kiri), Jaul (berdiri, dua kanan), Johnson (kanan) serta mereka yang lain.
SIMBOLIK: Dr Rayong memotong reben sebagai simbolik perasmian pembukaan Chapel St James Merindun. Turut kelihatan Nancy (berdiri, dua kiri), Jaul (berdiri, dua kanan), Johnson (kanan) serta mereka yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia